10 April, 2011

PROGRAM MOTIVASI DI PASIR GUDANG

Buat anak-anak murid SKTPI dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini (berumur lebih 10 tahun), anda dipelawa untuk menghadiri satu Program Motivasi Kecemerlangan Minda NLP pada 17 April 2011 (Ahad) di Hotel Selesa, Pasir Gudang. Bayaran RM100..

Nak tahu lebih lanjut? PM cikgu di FB ye...or tinggalkan nama dan nama sekolah di chat box di bawah..
Cepat!Tempat terhad. Hanya yang merancang untuk berjaya sahaja yang pantas bertindak...

02 April, 2011

PERMATA HARAPAN AYAHBONDA 2011

1 April 2011 - Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan sebuah program iaitu Permata Harapan Ayahbonda. Program ini menyasarkan seramai 25 orang murid target dan ibu bapa mereka. Perkongsian ilmu telah diwujudkan bagi membentuk satu pemuafakatan bagi membantu anak-anak yang berpotensi ini. Semoga dengan program ini, anak-anak akan lebih bersemangat dengan galakan daripada ibu bapa dan pihak sekolah. Cikgu doakan anda semua bakal mendapat 5A. Saksikan montaj permata harapan ayahbonda di side bar kiri blog ini.

SEMINAR SILANG BUDAYA BIMBINGAN DAN KAUSELING

29 Mac 2011 - Cikgu telah menghadiri satu seminar silang budaya bimbingan & kaunseling. Dalam seminar ini sebanyak 12 tajuk berkaitan isu bimbingan kaunseling telah dibincangkan antaranya autisme, kerasukan, bunuh diri, lesbian, perceraian, terapi seni dan banyak lagi. Dengan seminar ini, sedikit sebanyak membuka perspektif baru bagi cikgu menangani isu kaunseling melalui kepelbagaian budaya yang terdapat di setting sekolah.

PROGRAM MOTIVASI 'MINDSET CHANGE' IRDA-JPN JOHOR






29 - 31 Mac 2011,Senai Training Centre - Cikgu telah berpeluang menjadi facilitator bagi sebuah program anjuran JPN-IRDA iaitu Program Motivasi 'Mindset Change'. Dalam program ini, seramai 220 orang murid daripada pelbagai sekolah kawasan Iskandar Malaysia telah terpilih mengikuti program ini. Modul yang dibentuk sangat menarik dan mampu mencapai objektif perubahan minda pelajar sederhana ini. InsyaAllah, kemahiran dan pengalaman yang cikgu dapat di sana akan cikgu gunakan bagi memperkasakan anak-anak SKTPI pula.