09 Oktober, 2015

TRACK TO NATIONAL STAGE #GREAT COUNSELLING #KAUNSELINGSKTPIHEBAT


Alhamdulillah. Prisma Kaunseling yang dulunya dikenali sebagai Teratak Bimbingan kini kembali yakin membawa nama kaunseling setelah stigma kaunseling hanya untuk murid bermasalah berubah menjadi budaya dan pengaruh yang hebat di sekolah. Dinobat kaunseling terbaik di Pasir Gudang dan mewakili daerah ke peringkat negeri Johor adalah sesuatu yang sangat berharga. Namun, menJOHANi Negeri Johor ke Kebangsaan adalah lebih manis dan berharga...Kebangsaan,Mu tunggu ku datang...hahaha

PRS DI PENTAS USAHAWAN KEBANGSAAN SEBAGAI MOTIVATOR MUDA



 
 
Tahniah Adel Haziq Bin Amri (PRS Tahun 4). Anda berjaya membina keyakinan diri di pentas yang hebat bersama audien-audien yang hebat dari setiap negeri di Malaysia.Anda Luar Biasa Hebat!


11 Januari, 2015

Selamat Datang Sayang





Sambutan murid2 Tahun 1 hari ini ada kelainannya. Teringat dengan kaedah Anchoring...haa..saya gunakan sticker smile ni.

Mudah sahaja teknik ni..sambut murid dengan sapaan hello/hai/selamat pagi/assalamualaikum/selamat datang ke sekolah...then salam dan pegang tangannya.Sambil menampal sticker tu,katakanlah 'Senyum dan gembira belajar di SKTPI ye'

Mudah kann....hasilnya...
Hanya sorang je anak comel yang menangis pagi ni..haha rupanya di tak ter'anchor' pagi tadi.


Salam mahabbah...salam pertemuan semula...


05 November, 2013

SURAT CINTA DARI ANAK MURID

Entri kali ini cikgu nak kongsikan saat manis cikgu terima surat dari 2 murid  kelas 2T. Masa ni cikgu dah masuk minggu kedua mengubah style cikgu memakai jam.Tengok tu, tali jam guna reben je. Setiap hari cikgu akan tukarkan tali mengikut tema warna baju.Apa yang pasti tali tu semuanya fancy-fancy belaka.Ni semua kesan daripada buku Gurukah Aku Atau....

Memang betul apa yang tertulis di dalam buku tu. Cikgu tak akan tau apa yang menyemarakkan semangat anak2 murid cikgu untuk ke sekolah. Walaupun hanya dengan reben, memang ada yg sanggup ke sekolah keesokan harinya semata-mata nak tengok reben yang cikgu pakai.Walaupun cikgu redha meletakkan 'segan' cikgu sebab macam kebudak-budakan....tak kisahlah asal korang nak datang sekolah kan? hehehe..

Cikgu seronok saat ada mata yang mengintai-ngintai tangan cikgu setiap pagi.Cikgu juga terharu saat kamu tersenyum dan ketawa memperkatakan reben yang cikgu pakai.Sebab cikgu tau kamu kata 'cantik'....cikgu tak kisah asal kamu gembira di sekolah.

Sebuah buku Inspirasi diri.Wajib dibaca oleh semua yang bergelar guru

01 November, 2013

MAJLIS KONVOKESYEN PRA SEKOLAH ZON TIRAM






Untuk ke sekian kalinya...cikgu dan Ustaz Syahid diberi kepercayaan untuk mengacarakan Majlis Konvokesyen PraSekolah Zon Tiram.Hehehe pengalaman yang sangat bermakna dan sangat membahagiakan saat melihat anak-anak comel berjubah menerima sijil dan hadiah kecemerlangan. Cikgu doakan semoga anak-anak ini akan mengulangi saat-saat ini di menara gading nanti. Wahai ibu ayah si permata teruskan membina wayang kecemerlangan anak-anak ini di minda kalian. InsyaAllah apa yang anda fikirkan dan fokuskan itulah yang anda bakal nikmati. (Hukum Tarikan)

29 Oktober, 2013

CERAMAH DAN AKTIVITI KERJAYA DI SK TAMAN DAYA 2





Hari yang sangat sibuk dan menyeronokkan. Hari ni cikgu berpeluang berkongsi cerita kerjaya dengan anak2 SK Taman Daya 2 pula. Terima kasih kepada Cikgu Siti Maimunah dan barisan guru sekolah tersebut kerana kepercayaan kepada cikgu untuk mengendalikan slot tersebut. Heheheh tak lupa juga perkongsian bahan dari JU cikgu Puan Yusnizal....