31 Disember, 2008

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Bagi guru-guru SKTPI.Tugas telah bermula sejak semalam dengan mesyuarat pengurusan sekolah di Malaysia Productivity Centre (MPC) di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Inilah kali pertama mesyuarat pengurusan diadakan di luar sekolah. Tahniah kepada pihak pengurusan kerana membawa satu dimensi baru dalam SKTPI. Semangat untuk memulakan tugas amat berkobar-kobar oleh para guru setelah mendengar taklimat yang bermotivasi daripada Guru Besar Tn. Hj Zainuddin Bin Mohd Alie.

Hari ini sekali lagi, guru-guru menghadiri mesyuarat gerak kerja oleh GPK1, HEM dan GPK KoKu. Banyak perkara yang perlu dilaksana dan dimurnikan bagi memastikan kecemerlangan anak-anak murid SKTPI. Bagi semua guru...SELAMAT BERTUGAS!!! Semoga apa jua yang kita laksanakan akan sentiasa mendapat keberkatan Ilahi. Lakukan yang terbaik. InsyaAllah kita juga akan mendapat yang terbaik dalam hidup kita.

Buat anak-anak bonda di luar sana. Mulakan tahun ini dengan azam baru. Kejayaan yang kita impikan perlu kita usahakan tanpa perlu bertangguh. Jangan tunggu esok hendak ujian atau peperiksaan, baru hendak menjenguk buku. Perlu tanam perkataan "SEKARANG" dalam minda. Kalau bukan anak-anak yang berusaha untuk berjaya siapa yang akan beri kejayaan itu. Ia tidak akan datang bergolek....