20 Jun, 2012
SAYANGI RAKAN
ART THERAPY DI 3 GEMILANG
Hai semua! Seronoknya harini dapat bersama adik-adik 3 Gemilang! Kami dapat buat art therapy bersama-sama..bermacam cerita dikongsikan. Kami dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat. Bahagianya di sekolah bersama rakan!
18 Jun, 2012
GRAF KEHIDUPANKU
Hari ini cikgu dapat masuk ke kelas 4 Gemilang. Rasa sangat teruja dan seronok setelah lama tidak berjumpa adik-adik 4G ni. Cikgu dapat laksanakan modul Graf Kehidupanku dan perkongsian pengalaman bersama adik-adik. Dari sini timbul rasa sayang dan kasih kepada kawan-kawan setelah mengetahui pengalaman hidup rakan yang lain. Langit tak selalu cerah, hidup tak selalu indah. Pengalaman mengajar kita erti ketabahan dan kematangan. Bersabarlah bagi mereka yang diuji. Apa yang penting, hidup perlu diteruskan dengan cemerlang.
PROGRAM KU PETIK BINTANG
Tahniah kepada 42 calon UPSR yang menerima anugerah Ku Petik Bintang. Semoga anda lebih tekun dan bersemangat untuk mengekalkan dan meningkatkan pencapaian anda.
17 Jun, 2012
JUALAN BULETIN HIKMAH
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua!
Buletin Hikmah kembali lagi!Anda boleh dapatkannya di Teratak Bimbingan. Buletin Hikmah pada tahun ini, cikgu muatkan dengan kaedah Neuro Linguistic Programming (NLP) yang lebih praktikal. Ia juga sangat menarik! Jangan lupa dapatkan setiap keluaran tau!
Buletin Hikmah kembali lagi!Anda boleh dapatkannya di Teratak Bimbingan. Buletin Hikmah pada tahun ini, cikgu muatkan dengan kaedah Neuro Linguistic Programming (NLP) yang lebih praktikal. Ia juga sangat menarik! Jangan lupa dapatkan setiap keluaran tau!
TERAPI BULATAN KECEMERLANGAN
Khamis, 14 Jun 2012 - Cikgu telah dapat bersama adik-adik 5 Terbilang. Rindu rasanya setelah 3 bulan tidak berjumpa. Cikgu gunakan peluang ini untuk laksanakan terapi Bulatan Kecemerlangan. Adik-adik diperdengarkan dengan muzik alpha bagi membolehkan mereka berada mengembara ke subconcious mind mereka. Mereka dapat berbual tentang matlamat dan cita-cita mereka bersama insan tersayang dalam hidup ketika pengembaraan ke subconcious itu. Ramai yang mengalirkan air mata dan kembali ke realiti dengan satu perasaan baharu, sebagai orang yang baharu dan tingkahlaku baharu.Semoga adik-adik berjaya ye!
28 Mei, 2012
PROJEK 2012: PLAY ROOM
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberi kudrat dan semangat kepada cikgu untuk terus memberi sumbangan yang terbaik kepada anak-anak SKTPI. Nantikan projek Play Room untuk pendekatan Play Therapy...khas buat murid-murid yang cikgu sayangi.
Labels:
play room,
play therapy
Langgan:
Catatan (Atom)













