31 Januari, 2012

FAREWELL GURU BESAR HJ ZAINUDDIN MOHD ALIE

Pada 13 Januari 2012, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis perpisahan Guru Besar yang penuh wibawa iaitu Tn. Hj. Zainuddin Bin Hj. Mohd Alie yang berpindah ke SK Taman Daya 3. Tempat beliau kini digantikan oleh Guru Besar yang penuh dedikasi dan komited iaitu Pn. Ong Siew Pin.

Kami warga sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling khasnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini. Dalam perkhidmatan beliau di SKTPI, beliau banyak menyokong program-program kaunseling dan berjaya membawa kaunseling ke peringkat daerah dan negeri sehingga menjadi benchmark dan rujukan daripada sekolah lain. Yang elok, murni dikongsi bersama..


Barisan PRS yang turut serta dalam menjayakan Majlis Perpisahan Guru Besar

PROGRAM GURU PENYAYANG

Selamat kembali buat anak-anak SKTPI,

Pastinya anda datang ke sekolah pada hari pertama iaitu 4 Januari dengan harapan baru yang berkobar-kobar. Demi menyambut mesra anak-anak, kami warga guru SKTPI telah melaksanakan Program Guru Penyayang untuk mewujudkan suasan sekolah yang kondusif. Jom kita tengok gambar-gambar hari pertama persekolahan





Terima kasih diucapkan kepada semua warga guru,kakitangan sekolah dan pihak polis yang sama-sama turut menjayakan program ini.

20 Disember, 2011

MAKLUMAN SURAT TAWARAN KRK/SKAWALAN/KAA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Perhatian kepada semua murid yang berjaya mendapat tempat dalam program KRK/Skawalan/KAA, sila CETAK surat tawaran anda dari laman web PPD Pasir Gudang di talian http://www.ppdpgudang.edu.my/ . Mengikut maklumat yang telah disebarkan di web PPD Pasir Gudang, tarikh pendaftaran adalah 2 Januari 2012. Walau bagaimanapun, anda boleh menelefon terus SMK berkenaan untuk mengesahkan tarikh pendaftaran tersebut. Setakat ini pejabat sekolah SKTPI masih belum dan tidak menerima apa-apa surat tawaran. Harap maklum. Terima kasih atas kerjasama semua. Sila sebarkan kepada rakan yang lain ye..

16 Disember, 2011

KEPUTUSAN PERMOHONAN KRK/SKAWALAN/KAA/SBP

SENARAI NAMA YANG BERJAYA DALAM PERMOHONAN KRK/SKAWALAN/KAA/SBP
Tahniah diucapkan kepada senarai nama di bawah yang berjaya menempatkan diri ke KRK/SKawalan/KAA

1. Aniq Danish Alljefri (SKw) - SMK Tmn Nusa Damai
2. Hannan Fikri Harun (KRK) -SMK Ulu Tiram
3. Adam Adli Zainal Abiddin (SKw) - SMK Tmn Nusa Damai
4. Aliff Johan Abd Jalil (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
5. Sashneeta a/p Sivakumar (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
6. Iman Shakirah Zamzuri (SKw) - SMK Tmn Nusa Damai
7. Puteri Amelia Mazlan (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
8. Nurdinie Asfa Frizzell (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
9. Nurul Aina Mohd Taufik (SKw) - SMK Tmn Nusa Damai
10. Nurul Nafisah Abdul Razak (SKw) - SMK Tmn Nusa Damai
11.Mohammad Azri Sipol Bahari (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
12. Muhammad Asri Rosli (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
13. Muhammad B Arshad (KAA) - SMK Tmn Daya 2
14. Muhammad Sharif Azmi (KRK) - SMK Ulu Tiram
15. Nina Najwa Jed (SKw) - SMK Taman Daya
16. NurHusnina Mohd Hattar (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
17. Sarmila a/p Poonithan (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
18. Nurfarah Nabilah Rufizza (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
19. Nurjiha Natasha Mohd Rafi (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
20. Nurul Natasha Mohd Amirul Asri Low (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
21. Pravena a/p Selvam (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
22. Sarveen a/l Narinda Mohan Kumar (SKw) - SMK Taman Daya
23. Shahrul Nazri jamsari (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
24. Syed Nabeel Syed Najib (KRK) - SMK Tmn Pelangi Indah
25. Varisha a/p Arumugam (KRK) - SMK Taman Johor Jaya 1
26. Lekshmann Raam a/l Ganesh (KRK) - SMK Ulu Tiram

* Surat tawaran boleh diambil di pejabat SKTPI (078637450) atau cetak terus dari laman web http://www.ppdpgudang.edu.my/. Surat tersebut perlu dibawa semasa pendaftaran 2 Januari 2012.


Berikut murid yang berjaya menempatkan diri ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

1. Sarveen a/l Narindra Mohan Kumar - SM Sains Kuala Selangor

01 November, 2011

KEM JATI DIRI MURID SEKOLAH DAERAH PASIR GUDANG



Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang telah menganjurkan Kem Jati Diri pada 4 hingga 6 Oktober 2011. SKTPI telanh menghantar 2 peserta iaitu Adik Halimzamie (6G) dan Mohd Fahmi Hidayat (6T). Banyak pengalaman yang telah diperolehi daripad kem ini selain pembentukan jati diri dan sahsiah terpuji. Semoga Adik Halim dan Fahmi dapat gunakan ilmu yang diperolehi untuk kawan-kawan pula ye..