29 Oktober, 2013

CERAMAH AWAL REMAJA SK TAMAN PELANGI INDAH




Seronoknya semalam cikgu dapat bercerita tentang ilmu awal remaja kepada murid2 Tahun 6.Dalam pada malu-malu tu, excited jugak nak tau macam-macam. Sempat juga cikgu buatkan terapi COE (Circle Of Excellent) agar anak2 cikgu ni menjadi remaja yang hebat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.Amiiinnn

TUGAS ME'RESCUE'

sambungan cerita waktu perhimpunan rasmi semalam...

Sebaik murid habis membaca ikrar saya nampak ada kekecohan kecil dalam himpunan murid Tahun 3. Saya nampak rakan saya bersama beberapa murid mengangkat murid tersebut ke kantin.Oh..ada murid pengsan rupanya.. Kebetulan bilik kesihatan berkunci dan gurunya berkursus. Saat ini ilmu dan kemahiran saya lagi sekali diuji. Mulalah teringat cerita sifu saya En.Mustaqim yang baru 2 minggu lepas menceritakan kisahnya menyelamatkan seorang kanak2 yang pengsan dihadapan mata.

Berbekalkan cerita dan panduan En.Mustaqim saya pun cuba melakukan perkara yang sama. Saya nampak muka dan bibir murid ini sangat pucat.Saya hampirinya, lalu berkata 'awak selamat bersama saya. Saya akan bantu kamu untuk pulih seperti sediakala'. Saya beri arahan untuk murid tarik nafas dan lepas perlahan-lahan. Saat ini murid itu hampir sedar.Sifu kata apa pun berlaku ingat...."breathing..breathing..breathing..."
"kamu selamat dan keadaan akan baik.Kamu rasa semakin sihat...sihat...cergas...dan pulih..."

yesssss! bibir murid itu semakin mula kemerahan.Murid itu bersedia untuk bangun dan saya teruskan usapan di tangan dan belakangnya sambil bergurau dengan kakak  kantin serta mengusik murid tersebut. Yess! Murid itu tertawa! Wajahnya terus nampak segar dan tidak lagi pucat.

wow!!! hebatnya pengalaman ini..

PERHIMPUNAN YANG TENANG

Hari ini Isnin 28 Okt 2013 adalah hari pertamaku dengan ilmu baharu Mendorong Anak/Pelajar dengan Teknik Nabi..Seperti yang sifuku katakan sebelum ini, (En. Mohd Ainuddin Bin Ibrahim, Pen. Pengarah Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, KPM) bahawa setiap ilmu akan ada ujiannya. Yesss memang betul...

Hari ini adalah mingguku bertugas bersama 3 lagi rakan guruku...Wow! memang hari yang hebat. Saya tiba di sekolah lebih awal dan dapat menyambut kehadiran murid dengan gembira di pintu pagar selama 30 minit. Kemudian cepat-cepat saya bergerak ke dewan untuk melihat persiapan perhimpunan.

Emmm....macam biasalah. Anak-anak murid saya memang mempunyai isu kebisingan tegar. Mana tidak saya kata tegar...hampir semua guru putus asa untuk mengawal kebisingan ini termasuk pihak pentadbir. Nampaknya saya perlu ada strategi. Mula-mula saya pasangkan lagu alpha wave. Harap-harap mereka boleh tenang. Saya minta semua murid bangun dan mengubah kedudukan dalam baris agar yang rendah di hadapan yang tinggi di belakang (mereka selalu duduk ikut suka je.Nak ikut geng katanya). Semua arahan saya beri dalam jangka masa. Alhamdulillah dalam 2 minit kerja-kerja menyusun diri pun selesai. 'Emmmm...masih bising juga' bisik GPK1 saya...'Hehehe...tak apa..dah namanya budak' ujar saya.

Saya minta semua murid angkat tangan kanan, letak di mulut...arahan saya "ambil suara anda, masukkan ke poket"...semua murid melakukan perkara yang sama..wow!sangat hebat..semua murid senyap.

Saat ini saya gunakan Teknik Menerang Peraturan yang baru dipelajari semalam. Dengan gabungan bahasa-bahasa hypnosis dan NLP saya pun memulakan skrip..

"Bagus...semuanya telah senyap. Saya bangga dengan kamu (teknik pujian). Hari ini kita akan melaksanakan perhimpunan rasmi kita. Ia akan berlangsung selama 30 minit. Hanya 30 minit. Dalam masa 30 minit anda akan duduk tenang dan senyap. Semakin tenang dan senyap. Tenang dan senyap.. Bagus....(Teknik Menerang Peraturan + Hipnosis NLP)

Impaknya....

Alhamdulillah selama 30 minit perhimpunan berjalan, suasana senyap dan murid kurang bergerak. Saya bertanya kepada seorang murid Tahun 6. Apa yang kamu rasa ketika perhimpunan tadi? "Cikgu, saya rasa tiada mulut untuk bercakap. Seorang kawan saya bertanya sesuatu kepada saya tetapi saya hanya mampu menggerakkan bahu tanda tidak tahu"....saya hanya tersenyum....

That's good!

Oh ya...di akhir perhimpunan saya gunakan pula Teknik Pujian..

"Saya bangga dengan kesenyapan kamu semu hari ini. Tahniah! 30 markah untuk kamu semua!..Mahukah kamu semua memberi kerjasama yang sebagus ini setiap kali berada di dewan ini?(murid menjawab ya...) Bagus..Jika beginilah senyapnya setiap hari pasti semua cikgu senang dan sayang kamu. Kamu akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah dan jadi anak yang hebat nanti"
(semua murid tepuk tangan)...tersenyum saya...

28 Oktober, 2013

KONSEP BAHARU...NAFAS BAHARU...

Kali terakhir entri ini ditulis adalah pada 18 Dis 2012. Dah hampir setahun cikgu abaikan blog ni.Entah kenapa tiba2 terpanggil untuk menulis semula. Semalam saat menghadiri Bengkel Mendorong Anak Teknik Nabi, terinspirasi pula blog yang ditulis oleh Ustazah Siti Khadijah. Cuma cikgu seolah-olah mendapat inspirasi baru untuk berkongsi ilmu.Acapkali cikgu terfikir bagaimana dapat cikgu kongsikan suka duka asam garam cikgu bersama anak-anak murid cikgu, cikgu dapat idea untuk menghidupkan semula blog ini. Kalau dulu blog ini hanya pelapor kepada aktiviti murid, kali ini cikgu nak jadikan blog ini sebagai wadah peningkatan sahsiah, yakin diri dan inspirasi harian sebagai perkongsian bersama. Blog ini juga bakal membuka lembaran baru apaabila cikgu akan kongsikan pengalaman2 cikgu mengendalikan anak2 generasi Z cikgu ni.
Semoga penulisan yang bernafas baharu ini bukan sahaja bermanfaat untuk anak2 murid cikgu bahkan rakan2 kaunselor dan rakan guru yang lain.Moha perkongsian ilmu ini akan menjadi manfaat bersama dalam kita mengharungi cabaran sebagai seorang yang bergelar GURU...

18 Disember, 2012

KEPUTUSAN PERMOHONAN TINGKATAN 1 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

Tahniah.....


BIL
NAMA
SEKOLAH
1
AISHWAREYA POOJA A/P GANESON
SM SAINS KOTA TINGGI
2
ARIF EMIR BIN MOHD ZAIDI
SM SAINS KOTA TINGGI
3
MUHAMMAD ABDUL AZIM BIN AZHAR
SM SAINS SULT6AN ISKANDAR
4
NASRYN EZAZY BINTI MOHD YUSRI
SM SAINS MUZAFFAR SYAH
5
NUR SABRINA BINTI MD AMIN
SEKOLAH TUN FATIMAH
6
NURAIN NAJAH BINTI JALAL
SEKOLAH TUN FATIMAH


Selamat meneruskan perjuangan. Semoga berhasil menjadi insan yang bermanfaat serta memberi manfaat kepada orang lain.

KEPUTUSAN PERMOHONAN KRK/SKAW/KKAW/KAA/SMKA/SBP

Tahniah kepada nama berikut yang berjaya menempatkan diri ke SKaw/KRK/KKaw.


BIL
NAMA
PROGRAM
SEKOLAH
1
AHMAD IZDIHAR BIN MOHD ROSLAN
KRK
SMK TMN PELANGI INDAH
2
AISHWAREYA POOJA A/P GANESON
SKAW
SMK DATO PENGGAWA TIMUR
3
ANNE JOHN WILLIAMSON
KRK
SMK TMN PELANGI INDAH
4
ARIF EMIR BIN MOHD ZAIDI
SKAW
SMK TMN NUSA DAMAI
5
ERIEN ERIENA BINTI MOHD LAILI
KRK
SMK TMN PELANGI INDAH
6
HAZIQ BIN SHAHRAN SHAM
SKAW
SMK TMN NUSA DAMAI
7
LEE JIA LONG
KKAW
SMK TMN PELANGI INDAH
8
MADIHAH BINTI ALAZEMI
KRK
SMK TMN PELANGI INDAH
9
MUHAMMAD ABDUL AZIM BIN AZHAR
SKAW
SMK TMN NUSA DAMAI
10
MUHAMMAD DINIE HARIZ BIN MOHMAD FAUDZI
KRK
SMK ULU TIRAM
11
MUHAMMAD ZUHAIR BIN MOHD ROSLAN
KKAW
SMK TMN PELANGI INDAH
12
NASRYN EZAZY BINTI MOHD YUSRI
SKAW
SMK TMN NUSA DAMAI
13
NUR ADREEN YASMIN BINTI ZAIWANADI
SKAW
SMK TMN NUSA DAMAI
14
NUR ERISYA BT MOHD YAZID
KKAW
SMK TMN PELANGI INDAH
15
NUR SABRINA BINTI MD AMIN
SKAW
SMK TMN NUSA DAMAI
16
NURALIYAH BINTI ZAHARIN
KRK
SMK TMN PELANGI INDAH
17
NURIN NAZIFA BINTI TALIB
SKAW
SMK TMN NUSA DAMAI
18
PAVITRA RERDDY A/P ULAGANATHAN
KKAW
SMK TMN PELANGI INDAH
19
PREVIESHA A/P NARINDRA MOHAN KUMAR
SKAW
SMK TMN DAYA
20
RIQASHA BORU
KRK
SMK TMN PELANGI INDAH
21
SITI NUR ASILAH BINTI ISMAIL
KRK
SMK TMN PELANGI INDAH
22
THINAGARAN A/L GANESON
KRK
SMK TMN PELANGI INDAH

Semua murid berkenaan di atas boleh mendapatkan surat tawaran di Pejabat SK Taman Pelangi Indah pada waktu pejabat. Anda juga boleh berhubung terus ke talian 078637450. (talian sedang dibaikpulih - 18/12/2012/Selasa).

03 Disember, 2012

MODUL TRANSIS TAHUN 1

Modul Transisi Tahun 1





Alhamdulillah setelah dengan gigihnya mengerah tenaga dan minda, akhirnya siap juga modul program transisi Tahun 1 untuk anak-anak cikgu yang bakal masuk ke SKTPI 2013. Modul yang dibina untuk pelaksanaan selama 3 minggu 3 hari ini lebih menekankan unsur seronoknya ke sekolah dan pembinaan sahsiah murid. Diharap pelaksanaan modul ini nanti mampu menarik anak-anak untuk sentiasa rasa syioknya kat sekolah dalam masa yang sama menjadi anak murid yang hebat dalam sahsiah dan keperibadian. Tak sabar rasanya untuk berjumpa anak-anak comel Tahun 1 nanti.