18 Mei, 2012

PERTANDINGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERINGKAT NEGERI

Syukur Alhamdulillah, Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Pelangi Indah lagi sekali dicalonkan bagi menyertai pertandingan perkhidmatan UBK cemerlang peringkat negeri Johor bagi tahun 2011. UBK SKTPI akan mewakili kategori sekolah rendah. Pemantauan akan dibuat pada tahun ini. Memandangkan cikgu sedang cuti selama 3 bulan, tidak banyak persiapan dapat dibuat. Namun cikgu yakin, sekembalinya cikgu ke sekolah nanti, cikgu akan buat yang terbaik.
          Semoga Daerah Pasir Gudang akan menyerlah dalam pertandingan ini dan menjadi benchmark sekali lagi bagi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Demi memartabatkan perkhidmatan ini, cikgu akan berusaha keras untuk memastikan segalanya yang terbaik akan dipersembahkan.

Tiada ulasan: