07 November, 2012

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING CEMERLANG PERINGKAT NEGERI JOHOR DAN SEMINAR B&K NEGERI JOHOR

Plak dan sijil anugerah

Simbol usaha dan kegilaan perjuangan dalam B&K

Pn. Ong Siew Pin Guru Besar SKTPI menerima Johan Anugerah Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Cemerlang Peringkat Negeri Johor

Barisan JPNJ, PPD Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang (B&K Cemerlang Menengah) dan SK Taman Pelangi Indah

Perkongsian Ilmu: Semoga ilmu yang setitis ini menjadi selautan bakti


Sekali lagi menerima ujian nikmat Allah Yang Maha Besar. SK Taman Pelangi Indah dinobatkan Johan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Cemerlang Negeri Johor. Inilah titik permulaan untuk berusaha lebih gigih. Terima kasih buat semua. Semoga kita sentiasa menjadi insan yang sentiasa bersyukur

"Orang yang mempunyai kesedaran ketuhanan yang tinggi akan sentiasa tenang jiwanya. Orang yang tiada kesedaran ketuhanan akan sentiasa gelisah, pemarah, iri, mencari kesalahan dan mengejek orang lain. Apa yang kita harapkan untuk syurga Allah? Pastinya rahmat Allah bukan? Jika itu yang kita harapkan kenapa kita tidak boleh beri rahmat kepada orang lain? Jadilah orang yang sentiasa memberi kerjasama, berlapang dada, redha dan sabar."-Dr. Murhaya

Tiada ulasan: