22 Julai, 2009

PERJUMPAAN MENTOR MENTEE KEENAM

Perjumpaan mentor mentee kali keenam telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Julai 2009.Progran ini adalah program khusus Tahun 6. Setiap 2 - 3 orang murid akan menerima seorang mentor dari kalangan guru. Setiap mentor menerima sebuah modul yang perlu disampaikan kepada murid setiap kali perjumpaan diadakan. Antara isi kandungan modul ialah ciri-ciri murid cemerlang, cara belajar, persediaan peperiksaan dan sebagainya yang meliputi amalan harian sebagai seorang murid.
Setiap perjumpaan mengambil masa selama 1 jam iaitu pada pukul 1.10 hingga 2.10ptg mengikut tarikh yang ditetapkan.Mentor bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan mentee dan membantu mentee dalam bidang akademik. Perjumpaan tidak tertakluk pada tarikh yang ditetapkan malah boleh membuat inisiatif sendiri seperti membuat kelas tambahan khas, latihan khusus dan lain-lain.
Semoga program ini dapat membantu para mentee meningkatkan kecemerlangan diri.
Sayangi Mentor Anda!

Tiada ulasan: