12 Julai, 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Tahniah kepada semua peserta kawad kaki badan beruniform!!!

Pertandingan yang telah diadakan dengan jayanya semalam disertai oleh 5 buah badan beruniform. Kemenangan berpihak kepada Pergerakan Puteri Islam Malaysia diikuti oleh Bulan Sabit Merah Malaysia seterusnya Kadet Tunas Remaja Sekolah, Pandu Puteri Tunas dan Pengakap...

Apapun keputusannya, pertandingan ini merupakan satu simbolik bagi mengukuhkan disiplin diri di kalangan pelajar. Pelajar akan terdidik untuk peka mendengar arahan sekaligus mematuhinya. Selain itu juga, ia menggilap kebolehan memimpin dalam diri pelajar apabila seorang ketua perlu memberi arahan dengan tepat dan betul kepada ahli kumpulannya.

Sekiranya ciri-ciri yang diutamakan dalam kawad ini seperti tumpuan, kepekaan, disiplin, dan kesungguhan ini dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah, saya pasti pembelajaran akan terlaksana dengan baik dan berkesan.

Semoga anak-anak akan terus menjiwai semangat disiplin dan kesungguhan dalam diri...wassalam

Tiada ulasan: