25 September, 2008

PRORAM SELEPAS UPSR



Program yang sedang dijalankan pada hari ini ialah pertandingan catur, karom dan congkak peringkat separuh akhir. Para peserta bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan milik mereka. Sambutan sangat menggalakkan. Tahniah!Teruskan semangat ingin berjaya.SKTPI BOLEH!



UBK juga sedang giat melaksanakan projek kad raya di mana kad raya sentuhan tangan murid tahun 6 telah habis dijual lebih kurang sebanyak 50 keping dalam masa 2 hari. 'Hand made card' ini menggunakan bahan maujud seperti kerang, bunga krisantimum dll sangat unik dan kreatif. Tahniah kepada adik Nurin Nabila(ketua), Norashikin, Fatin, Farhana dan kawan-kawannya yang bertungkus lumus menjana idea.

23 September, 2008

Lawati Teratak Bimbingan

http://s447.photobucket.com/albums/qq195/sktpi/teratak%20bimbingan/?albumview=slideshow

MENANGANI STRESS

1.SIKAP POSITIF.
2.PERBUALAN KENDIRI POSITIF.
3.PENERIMAAN DIRI POSITIF.
4.KEYAKINAN DIRI POSITIF
5.PENGURUSAN MASA.
6.KEMAHIRAN BELAJAR.
7.MOTIVASI DIRI.
8.KEMAHIRAN BERINTERAKSI.
9.JANGAN PANIK, IA BERLAKU KEPADA SEMUA ORANG.

13 September, 2008

THE WINNERS VS LOSERS

The winner is part of the answer;
The loser is a always a part of the problem.
The winner always has a plan;
The loser always has an excuse.
The winner says ‘let me do it for you’;
The losser say ‘that’s not my jobs’.
The winner sees an answer in every problem;
The losser sees a problem in every answer.
The winner sees a green near every sandtrap;
The losses sees a sandtrap near every green.
The winner say ‘it may be difficult but it’s possible’;
The losser says ‘it’s may be possible, but it’s difficult’.

10 September, 2008

TERUSKAN BERJUANG

Hari ini adalah hari kedua UPSR. Teruskan usaha!!!

08 September, 2008

SELAMAT BERJAYA KEPADA CALON UPSR 2008

SELAMAT BERJAYA KEPADA CALON UPSR 2008

Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon UPSR SKTPI yang akan berjuang bermula 9-11 September 2008 ini. Semoga kejayaan menjadi milik anak-anak sekalian.Kami guru-guru sentiasa mengiringi perjuangan kalian dengan doa dan harapan. Janganlah sia-siakan harapan ayahanda dan bonda. Berilah mereka kegembiraan dengan kejayaan digenggaman. Kami pasti, dengan usaha dan kesungguhan anak-anak, kejayaan bukanlah mustahil untuk dikecapi. Akhir kalam, selamat berjuang wahai anak-anakku.