27 Mei, 2009

PENAJAAN KEM MOTIVASI UPSR

Kem UPSR pada tahun ini akan diadakan dengan kerjasama pihak sekolah dan PIBG. Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan para dermawan dengan seikhlas hati menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai atau tajaan lain bagi menjayakan program tersebut. Tajaan boleh dibuat contohnya seperti air mineral, air kotak,makanan, alat tulis (buku nota, kertas, pen, pensil dll), hamper (untuk sukaneka bagi 10 kumpulan), trofi (untuk peserta kem terbaik lelaki dan perempuan) dan sebagainya mengikut kemampuan.Program yang akan diadakan ini adalah bertujuan untuk melonjakkan semangat para calon UPSR bagi mencapai kejayaan 5A. Semoga anda di luar sana sama-sama dapat membantu kami memberikan yang terbaik untuk anak-anak ini. Anda boleh menghubungi YDP PIBG atau Pn. Suziana untuk pertanyaan lanjut. Anda juga boleh mengutarakan 'potential sponsor' untuk kami hubungi.



Setiap sumbangan anda adalah sangat bermakna untuk anak-anak SKTPI ini.



Terima kasih.

16 Mei, 2009

SELAMAT HARI GURU

Kepada semua warga pendidik di mana saja berada..SELAMAT HARI GURU diucapkan.

Sesungguhnya segala jasamu tidak pernah kulupakan. Tanpamu guru, aku tidak akan berada sejauh ini...

Khas untuk guru-guru SKTPI, Semoga kalian akan sentiasa diberkati dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
"TERIMA KASIH CIKGU"

majlis iringan restu

13 Mei, 2009

KEM MOTIVASI UPSR DAN SOLAT HAJAT 2009

Kem motivasi UPSR dan solat hajat untuk calon UPSR 2009 akan diadakan pada 27 Jun 2009.
Pihak sekolah mengalu-alukan para dermawan untuk menghulurkan sumbangan bagi pembiayaan kos kem tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Suziana Marni atau En. Zoulkifli Bin Hamzah (YDP PIBG). Semoga dengan sokongan anda kita dapat sama-sama dapat melonjakkan kecemerlangan anak-anak ini.

KEM SPAcE-KEM CEMERLANG UPSR 2009 SIRI 3

Kem SPAcE akan diadakan pada 13 - 14 Mei 2009 di Tiram Indah Village.
Senarai murid yang terpilih ialah seperti berikut;

1. Faritsha Adiba - 6 Gemilang
2. Amirul Haziq - 6 Gemilang
3. Sivananthini - 6 Gemilang
4. Shahira - 6 Gemilang

Selamat berjaya saya ucapkan. Semoga anda mendapat banyak manfaat. Diharap pengalaman anda dikongsi bersama rakan lain sekembalinya ke sekolah nanti.