30 Jun, 2010

SYUKUR ATAS ANUGERAH YANG DITERIMA

Alhamdulillah, semalam seluruh warga sekolah telah dikejutkan dengan berita gembira. SKTPI telah menerima 3 anugerah khas daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Satu daripada anugerah tersebut ialah Anugerah Pengurusan dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang Negeri Johor Bagi Daerah Pasir Gudang. Apa yang dikecapi pada hari ini adalah berkat usaha, sokongan dan doa dari semua warga SKTPI iaitu guru-guru, kakitangan, ibu bapa dan anak-anak SKTPI.
Bonda harap, kewujudan Unit Bimbingan dan Kaunseling ini di SKTPI akan terus memacu kecemerlangan kepada setiap yang memanfaatkannya. Doakan kejayaan Unit ini bagi pertandingan yang sedang berjalan di peringkat negeri pula.

Penyakit Psikologi Kanak-kanak Meningkat

Fakta daripada Kementerian Kesihatan di dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 27 Jun mendapati bahawa penyakit tidak berjangkit ini meningkat sebanyak 13 peratus kepada 20.3 peratus dalam tempoh 1996 hingga 2006.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bahawa gaya hidup era kini menyumbang kepada peningkatan penyakit ini. Terlalu banyak persaingan antara manusia termasuk bersaing dalam peperiksaan bagi kecemerlangan akademik.
Beliau juga berpendapat nilai-nilai kekkeluargaan yang positif perlu diamalkan di kalangan ibu bapa dengan menyemai kasih sayang dan keharmonian.
Buat anak-anak bonda di luar sana, sekiranya anda berhadapan dengan apa-apa tekanan atau masalah, harap jangan dipendam. Datanglah ke Teratak Bimbingan. Bonda sedia membantu. Penyakit psikologi ini boleh ditangani di peringkat awal sekiranya anda sedia diri dibantu. Dalam mengejar kecemerlangan akademik, anda perlu mempunyai strategi yang betul dan tepat agar stabiliti diri dan motivasi melangkah seiringan.
Ingat pesan bonda, uruskan masa dengan baik, tangani tekanan dengan bijak. Belajar cara untuk belajar dengan betul dan menyeronokkan. Rahsianya...datanglah berjumpa bonda ye..

24 Jun, 2010

CALON PERTANDINGAN PERKHIDMATAN B&K CEMERLANG

Alhamdulillah..
Syukur atas peluang yang diberi. Pencalonan ini merupakan satu penghargaan yang besar diberikan oleh PPD Pasir Gudang bagi UBK SKTPI membawa nama Daerah Pasir Gudang. Demi memartabatkan Bimbingan dan Kaunseling, diharapkan pertandingan seperti ini dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan B & K di sekolah.

22 Jun, 2010

LAWATAN KE SK KULAI

Alhamdulillah..
Bonda berpeluang membuat lawatan muhibbah ke SK Kulai bagi membuat perkongsian ilmu dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tersebut. Bonda telah ke sana bersama Ustazah Zainab Bidin dan Pn. Suria (SK Kangka Tebrau).Objektif utama lawatan tersebut adalah untuk mempelajari sitem fail dan pengurusan B & K. Unit B & K sekolah tersebut telah menerima anugerah pengurusan dan kaunselor cemerlang daripada PPD Kulai. Banyak perkara yang bonda pelajari selama bonda berada di sana. Apa yang dipelajari akan bonda cuba laksanakan di SKTPI pula.InsyaAllah..
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Suhana kerana sudi menerima lawatan tadi. Bonda doakan Cikgu Suhana akan terus cemerlang.

AMANAT AYAHANDA


Personal Approach....

Semoga amanat yang disampaikan oleh ayahanda buat anak-anak calon UPSR 2010 akan dihayati dan dilaksanakan sebaiknya demi mencapai kecemerlangan akademik. Bina sahsiah mulia, tanam sikap positif!Pasti kejayaan milik anda..

PROGRAM KU PETIK BINTANG

Tahniah kepada 24 murid yang menerima Anugerah Ku Petik Bintang;
1. Sarah Syarmin
2. Nurul Atiqah
3. Amir Saifuddin
4. Muhammad Zubair
5. Muhammad Syahmi
6. Muhammad Hanif
7. Rutiran
8. Adzrul Nadzmi
9. Muhammad Syahrul
10. Muhammad Adib
11.Mohd Syamin Syazwan
12. Ahmad Azlishah
13. Mohd Faiz
14. Mohd Danish
15. Harith Zafran
16. Intan Nor Aliah
17. Mithradevi
18.Nor Farra Irani
19. Saharshini
20.Hasya
21. Siti Norsyahira
22. Zariss Aqila
23. Zarith Sofea
24. Marina Natasya

21 Jun, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Hai anak-anak SKTPI!!!

Hari persekolahan dah kembali lagi!Seronok kan?Dapat bertemu rakan-rakan dan guru-guru lagi. Bersyukur kita masih dipanjangkan usia untuk terus mengejar cita-cita dan menunaikan tanggungjawab kita dalam mencari ilmu. Gunakan peluang yang ada ini sebaiknya. Fokus kepada matlamat anda. Apa jua perkara yang kita lakukan dengan penuh minat, kita akan rasa seronok. Betul tak? Contohnya kalau kita suka menyanyi, walaupun kita lagu baru, kita akan berusaha menghafal liriknya walaupun susah kerana kita suka...jadi..cintailah dan sukailah ilmu.Anak-anak akan dapat manfaat daripadanya.