26 Mac, 2009

APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA !

Anda mengubah kepercayaan anda.
Apabila anda mengubah kepercayaan anda.
Anda mengubah jangkaan anda.
Apabila anda mengubah jangkaan anda.
Anda mengubah sikap anda.
Apabila anda mengubah sikap anda.
Anda mengubah tabiat anda.
Apabila anda mengubah tabiat anda.
Anda mengubah prestasi anda.
Apabila anda mengubah prestasi anda
Anda mengubah kehidupan anda.

Oleh yang demikian, untuk berjaya anda mesti berubah!Ubahlah sikap negatif anda kepada yang positif. Setiap perubahan pasti membawa kesan. Selamat Belajar!!!

20 Mac, 2009

GOOD LUCK!

Kepada murid Tahun 6
Selamat berjaya menghadapi Ujian UPPM 1 naik cuti nanti. Dapatkan 5A.Buktikan tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya!!Caiyo!!!

08 Mac, 2009

KARNIVAL BAHASA MELAYU DAERAH PASIR GUDANG

Karnival Bahasa Melayu daerah Pasir Gudang 2009

di SK Taman Pelangi Indah

pada 4 Mac 2009

video

PROGRAM KU PETIK BINTANG

Tahniah...Murid ini telah berjaya mendapatkan A dalam Ujian Pra UPPM. Mereka ini telah dianugerahi bintang mengikut A yang diperolehi. Semoga mereka ini akan terus menambah bintang dan mengekalkan pencapaian 5A. Bagi calon lain, ini adalah cabaran bagi anda!!

Tekun...Seorang ibu menandatangani surat akujanji bagi calon UPSR 2009. Semoga berkat doa dan restumu ibu, kami berjaya mendapatkan 5A dalam peperiksaan ini. Amin..

IKRAR AKUJANJI CALON UPSR 2009 DI MAJLIS TAUTAN BESTARI
21 FEBRUARI 2009
DEWAN TERBUKA SK TAMAN PELANGI INDAH