29 Jun, 2012

HALWA JIWA -siri 2


TARIKH: 29 Jun 2012/Jumaat
MASA: 8.00 pagi - 8.15 pagi
SASARAN: Semua murid Tahun 6
TEMPAT: Dewan Terbuka
TAJUK: Bingkisan kecilku

SLOT PEMANTAPAN SAHSIAH



TARIKH : 25 Jun 2012/Isnin
MASA: 7.45 pagi (5 minit)
NAMA PRS: Nadhira Binti Zaideen
TAJUK : Buli

Tahniah buat adik Nadhira....Nantikan slot minggu hadapan dengan tajuk Vandalisme pula ye

24 Jun, 2012

RIANG RIA HARI KEUSAHAWANAN




Wow! Seronoknya rakan PRS kita ni ye. Tahun ni berpeluang menyertai aktiviti jualan di Hari Keusahawanan SKTPI. Aktiviti seumpama ini adalah julung kalinya diadakan. Ahli PRS dapat peluang melatih diri menjadi usahawan kecil. Selain itu adik-adik PRS ini juga dapat melahirkan kreativiti mereka melalui kad-kad ucapan dan penanda buku yang mereka hasilkan sendiri. Harap-harap tahun hadapan kita dapat buat lagi aktiviti ni ye!

MOTIVASI BERSAMA 6 CEMERLANG


Ice Breaking



Terapi Bulatan Kecemerlangan



21 Jun 2012, Khamis- Cikgu berpeluang bersama adik-adik 6 Cemerlang. Peluang yang ada ini cikgu gunakan untuk menyampaikan sedikit kata-kata semangat untuk adik-adik terus berjuang. Cikgu juga gunakan kaedah Terapi Bulatan Kecemerlangan agar adik-adik dapat reformat diri dan lebih jelas akan matlamat diri

20 Jun, 2012

JADUAL BELAJARKU di KUNTUM Jun 2012



Hallllllllluuuuuuuu.......selamat sejahtera dan salam mahabbah

Harini ini sangat excited bila dapat tahu gambar muridku ketika program Pengurusan Masa tahun 2011 terselit di dalam Kuntum. Yang paling best sekali ialah bila tengok Jadual Belajarku yang ekslusif kubuat khas untuk anak-anak murid SKTPI juga ada di situ. Gambarkan betapa best dan gembiranya hatiku..best kan? kan? kan?kan?

PERSEDIAAN PRS DAN KELAB B&K SEMPENA HARI KEUSAHAWANAN





Hai geng! Dua tiga hari ni, memang meriah teratak bimbingan ni. Apa taknya, PRS dan ahli Kelab B&K semuanya sedang sibuk menyediakan bahan jualan untuk hari keusahawanan hujung minggu ni. Wow, memang hebat mereka ni. Tak sangka, masing-masing berbakat dan kreatif....nak tau hasilnya? tunggu!

SAYANGI RAKAN



Harini best! Dapat bersama adik 2 Cemerlang..Berinspirasikan idea dari Cikgu Jijah di teratakbimbingancikgujijah@blogspot.com, kami bersama melaksanakan modul Belon Pelangi juga! seronok kan kan kan...? Kami sayang kawan-kawan, kami sayang SKTPI... I Love SKTPI

ART THERAPY DI 3 GEMILANG




Hai semua! Seronoknya harini dapat bersama adik-adik 3 Gemilang! Kami dapat buat art therapy bersama-sama..bermacam cerita dikongsikan. Kami dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat. Bahagianya di sekolah bersama rakan!

18 Jun, 2012

GRAF KEHIDUPANKU







Hari ini cikgu dapat masuk ke kelas 4 Gemilang. Rasa sangat teruja dan seronok setelah lama tidak berjumpa adik-adik 4G ni. Cikgu dapat laksanakan modul Graf Kehidupanku dan perkongsian pengalaman bersama adik-adik. Dari sini timbul rasa sayang dan kasih kepada kawan-kawan setelah mengetahui pengalaman hidup rakan yang lain. Langit tak selalu cerah, hidup tak selalu indah. Pengalaman mengajar kita erti ketabahan dan kematangan. Bersabarlah bagi mereka yang diuji. Apa yang penting, hidup perlu diteruskan dengan cemerlang.







PROGRAM KU PETIK BINTANG






Tahniah kepada 42 calon UPSR yang menerima anugerah Ku Petik Bintang. Semoga anda lebih tekun dan bersemangat untuk mengekalkan dan meningkatkan pencapaian anda.









17 Jun, 2012

JUALAN BULETIN HIKMAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua!

Buletin Hikmah kembali lagi!Anda boleh dapatkannya di Teratak Bimbingan. Buletin Hikmah pada tahun ini, cikgu muatkan dengan kaedah Neuro Linguistic Programming (NLP) yang lebih praktikal. Ia juga sangat menarik! Jangan lupa dapatkan setiap keluaran tau!

TERAPI BULATAN KECEMERLANGAN



Khamis, 14 Jun 2012 - Cikgu telah dapat bersama adik-adik 5 Terbilang. Rindu rasanya setelah 3 bulan tidak berjumpa. Cikgu gunakan peluang ini untuk laksanakan terapi Bulatan Kecemerlangan. Adik-adik diperdengarkan dengan muzik alpha bagi membolehkan mereka berada mengembara ke subconcious mind mereka. Mereka dapat berbual tentang matlamat dan cita-cita mereka bersama insan tersayang dalam hidup ketika pengembaraan ke subconcious itu. Ramai yang mengalirkan  air mata dan kembali ke realiti dengan satu perasaan baharu, sebagai orang yang baharu dan tingkahlaku baharu.Semoga adik-adik berjaya ye!