18 Ogos, 2010

CONGRATES TO ACHIEVERS


Tahniah diucapkan kepada 3 murid yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Semoga ia akan menyemarakkan lagi semangat untuk terus cemerlang!

1. Sarah Syarmin Binti Othman
2. Nurul Atiqah binti Azni
3. Mohd Syamin Syazwan Bin Selamat

09 Ogos, 2010

PROGRAM REFRESH

Program Refresh merupakan satu program motivasi akhir sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR yang semakin menjelang tiba. Program yang telah dijalankan pada 5 Ogos 2010 ini menampilkan Ustaz Muliade sebagai moderator penyampai wadah motivasi pengisi jiwa. Progarm 2 jam ini telah banyak memberi kesan positif kepada calon UPSR 2010 ini. Semoga pesan dan nasihat yang disampaikan akan sentiasa segar di hati nurani anak-anak..sila tonton sedutan rakaman program ini di sudut bawah blog ini.

LAWATAN MUHIBBAH

Pada 6hb Ogos yang lalu Teratak Bimbingan telah dikunjungi oleh GPK HEM (En. Fadzlan) dan GBKSM (Roslailawati) dari SK Taman Johor Jaya 2. Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Pelangi Indah mengucapkan selamat datang kepada mereka. Semoga perbincangan ilmiah yang telah berlangsung akan meningkatkan lagi martabat bimbingan dan kaunseling.