13 Jun, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Yi ha !!!!

Cuti sekolah dah nak habis!!! Dah puas makan angin? Dah puas berehat? Dah siapa homework? Ha! Jangan pulak lupa kat kerja sekolah tau! Nanti kena 'lecture' ngan cikgu...sapa yang susah?
Anyway, u all mesti set your mind. Banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi pada penggal ke 2 ni. Bagi Tahun 6, u all dah makin dekat dengan UPSR. Yang lain pulak peperiksaan akhir tahun pun makin hampir. 20 jun ni, hari terbuka. then 27 jun pulak kem untuk UPSR. Banyak aktiviti sekolah yang akan berjalan. bukan u all sahaja yang buzy tau!!!!All teachers juga bak lipas kudung nak buat macam-macam aktiviti untuk u all. U all kenalah bersungguh-sungguh!!

Ingat!!!BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH KEIKHLASAN KERANA ALLAH.

04 Jun, 2009

SELAMAT BERCUTI

Kepada anak-anak bonda di luar sana...

Gunakan masa dengan sebaiknya ketika cuti sekolah ni. Cuti, cuti juga tau. Buku jangan sekali dilupa. Jaga keselamatan diri. Semoga dapat meneruskan persekolahan dengan selamatnya.

Bye!!!

Majlis Penyampaian Cenderamata Minggu Kesihatan



Unit Kesihatan telah mengadakan minggu kesihatan pada 27 dan 28 Mei 2009. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Hjh Sariah Binti Hj Muda dari Klinik Kesihatan Ulu Tiram. Selain itu, pertandingan melukis poster,mewarna, pemeriksaan kesihatan dan pameran juga telah diadakan.
Semua warga sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan Klinik Kesihatan Ulu Tiram yang terlibat kerana sanggup meluangkan masa memberi banyak input kepada kami.