09 September, 2009

Cara Mengatasi Panik

Panik...

Apa itu panik? Bagi seorang murid murid yang sedang menjawab peperiksaan, ia satu keadaan di mana anda tiba-tiba rasa 'blank', menggeletar, berpeluh, jantung berdegup kencang, nafas pendek dan laju, perasaan takut dan sebagainya...

Tentunya anda tidak mahu ia berlaku kepada anda bukan? Namun ia boleh menyerang sesiapa sahaja kerana anda tidak tahu bila anda akan berada dalam keadaan tertekan.

Apa anda boleh lakukan sekiranya anda panik?

1. Berhenti menjawab. Letakkan pensel anda.
2. Duduk bersandar.
3. Tenangkan fikiran.
4. Tekupkan hidung dan mulut dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Pastikan ada ruang untuk anda bernafas.
5. Hembus nafas di dalam tekupan tadi. Kemudian tarik semula nafas. Lakukan antara 3 hingga 5 kali.
6. Rehatkan bahu, tangan, kulit muka. Banyangkan tempat-tempat yang indah seperti suasana air terjun dan pantai. (meditasi ringkas)
7. Lihat pemandangan hijau di luar dewan peperiksaan.
8. Anda boleh mula menjawab semula setelah anda bersa tenang.

OK! Selamat menduduki peperiksaan!

Sentuhan Minda Murid Tahap 2

Satu Slot Motivasi bagi murid-murid Tahap 2 telah diadakan pada 18 Ogos 2009. Slot ini merupakan satu program di bawah tajaan PIBG SK Taman Pelangi Indah. Di dalam slot ini, seorang penceramah terkenal di Johor telah didatangkan khas iaitu Ust. Muliadie Bin Bidin. Sepanjang slot ini dijalankan, murid memberikan respon yang baik. Apatah lagi Ustaz yang menggelarkan dirinya Ustaz Rock ini banyak mengenengahkan konsep Edutainment.Alhamdulillah, semoga dengan ceramah yang disampaikan akan membekas di sanubari anak-anak sekelian.


video

SELAMAT BERJUANG WAHAI ANAKKU

Kepada calon UPSR 2009...
Bonda doakan semoga kalian berjaya. Semoga Allah permudahkan jalanmu, terangkan hatimu, tenangkan dirimu.Semoga kejayaan milik kalian.Anakanda sekelian telah bersedia bertahun lamanya demi perjuangan 3 hari ini. InsyaAllah segala ilmu di dada dapat membantu perjuangan anak-anak sekelian.

01 September, 2009

PENDAFTARAN KEMASUKAN KE SBP/SMKA/KRK/KAA/SEKOLAH KAWALAN TINGKATAN SATU 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak...

Tahun ini Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah dipertanggungjawabkan untuk membantu kemasukan murid Tingkatan Satu ke SBP/SMKA/KRK/KAA/Sekolah Kawalan. Kepada yang berminat, anda boleh memohon sendiri sekolah sekolah dengan permohonan atas talian. Bagi yang memberi keizinan untuk permohonan melalui sekolah, anda perlu menghantar borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil dan dokumen yang diperlukan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPI selewat-lewatnya 2 September 2009.
Bagi yang ingin membuat permohonan sendiri sila layari laman web tersebut:

1. www.johordt.gov.my/ppdpm/krko9 bagi permohonan SMKA/KRK/KAA dan Sekolah Kawalan 1 September - 15 Oktober 2009

2. http://www.emoe.gov.my/ bagi permohonan ke SBP 1 Sept - 15 Okt 2009

Kami pihak sekolah amat menggalakkan semua Calon UPSR 2009 memohon sekolah-sekolah ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak murid SKTPI ini

Sekian.Terima kasih.