19 November, 2008


SELAMAT BERCUTI


Selamat bercuti buat anak-anak semua.Mesti gembira dan seronok kan?Tapi ingat.....sentiasa jaga keselamatan diri.Gunakan masa dengan sebaiknya.Jangan lepaskan peluang masa cuti ini untuk mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas tuisyen, kem-kem motivasi, latihan seni mempertahankan diri, beriadah dan sebagainya..
Yang berkhatan tu....tahniah!!!Selamat menempuh alam baru!

13 November, 2008

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA DALAM UPSR 2008

Hari ini warga SKTPI sangat gembira menerima berita kejayaan 10 orang murid yang berjaya mendapat 5A. Kegembiraan ini berganda apabila perbandingan dibuat pada tahun lepas di mana hanya 2 orang yang mendapat 5A. Kejayaan ini adalah yang terbaik dalam sejarah SKTPI setelah 4 tahun ia dibuka. Tahniah kepada yang berjaya dan guru-guru yang tidak mengenal jemu mendidik anak-anak ini. Inilah anak-anak yang cemerlang;

  1. Nurin Nabila
  2. Jeevanath
  3. Sabrina
  4. Nur Farhana
  5. Mohd Hairil Azhar
  6. Fatin Nuratikah
  7. Lau Li Ting
  8. Shahrul Azhar
  9. Nurul Batrisyah
  10. Aina Nadhirah

TAHNIAH!!!!

08 November, 2008

GLAMOR RAYA 2008

Pada 29 Oktober yang lalu SKTPI telah dengan jayanya melaksanakan program RIMUP. Program ini telah dinamakan GLAMOR RAYA 2008. Dalam program ini beberapa pertandingan telah diadakan seperti pakaian beragam, mewarna, nyanyian solo dan sketsa. Murid-murid sangat gembira pada hari itu dengan pakaian yang berwarna-warni, berkongsi raya dengan pelbagai kaum dan budaya.Diharap tahun hadapan program ini dapat diteruskan lagi.