08 November, 2008

GLAMOR RAYA 2008

Pada 29 Oktober yang lalu SKTPI telah dengan jayanya melaksanakan program RIMUP. Program ini telah dinamakan GLAMOR RAYA 2008. Dalam program ini beberapa pertandingan telah diadakan seperti pakaian beragam, mewarna, nyanyian solo dan sketsa. Murid-murid sangat gembira pada hari itu dengan pakaian yang berwarna-warni, berkongsi raya dengan pelbagai kaum dan budaya.Diharap tahun hadapan program ini dapat diteruskan lagi.

Tiada ulasan: