31 Januari, 2012

FAREWELL GURU BESAR HJ ZAINUDDIN MOHD ALIE

Pada 13 Januari 2012, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis perpisahan Guru Besar yang penuh wibawa iaitu Tn. Hj. Zainuddin Bin Hj. Mohd Alie yang berpindah ke SK Taman Daya 3. Tempat beliau kini digantikan oleh Guru Besar yang penuh dedikasi dan komited iaitu Pn. Ong Siew Pin.

Kami warga sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling khasnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini. Dalam perkhidmatan beliau di SKTPI, beliau banyak menyokong program-program kaunseling dan berjaya membawa kaunseling ke peringkat daerah dan negeri sehingga menjadi benchmark dan rujukan daripada sekolah lain. Yang elok, murni dikongsi bersama..


Barisan PRS yang turut serta dalam menjayakan Majlis Perpisahan Guru Besar

PROGRAM GURU PENYAYANG

Selamat kembali buat anak-anak SKTPI,

Pastinya anda datang ke sekolah pada hari pertama iaitu 4 Januari dengan harapan baru yang berkobar-kobar. Demi menyambut mesra anak-anak, kami warga guru SKTPI telah melaksanakan Program Guru Penyayang untuk mewujudkan suasan sekolah yang kondusif. Jom kita tengok gambar-gambar hari pertama persekolahan





Terima kasih diucapkan kepada semua warga guru,kakitangan sekolah dan pihak polis yang sama-sama turut menjayakan program ini.