26 Mac, 2011

BENGKEL MODUL PROGRAM 'CHANGE MINDSET' NEGERI JOHOR


24 Mac 2011, Khamis - Bertempat di SMK Mount Austin, Johor Bahru, satu bengkel modul Program 'Change Mindset' telah diadakan. Program ini merupakan sebuah program anjuran IRDA dengan kerjasama JPN Johor. Program yang menyasarkan seramai 600 pelajar ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu fasa 1 (UPSR, 29 - 31 Mac), Fasa 2 (PMR, 4 - 6 April) dan Fasa 3 (SPM, 11 - 13 April). Para fasililitator yang dilantik terdiri daripada guru kaunseling sekolah rendah dan menengah dari daerah berdekatan Johor Bahru. Semoga program yang bakal diadakan di Senai Training Centre ini mencapai objektifnya dan memberi manfaat terutama kepada peserta.

PROGRAM CEMERLANG MILIKKU


Program ini merupakan sebuah program kaunseling berfokus akademik cemerlang. Seramai 10 murid telah terpilih dalam program ini. Sebanyak 10 perjumpaan/ aktiviti telah dirancang. Ini merupakan perjumpaan pertama di mana aktiviti taaruf telah dilaksanakan. Dalam aktiviti taaruf ini, ahli kumpulan telah memperkenalkan diri dengan melukis simbol diri dahulu, kini dan akan datang. Masing berjaya 'memecahkan ais' setelah perkongsian pengalaman dan pengenalan diri dibuat.

PROGRAM MENTOR MENTEE


21 Mac 2011, Isnin - Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Badan Bertindak Tahun 6 telah melancarkan satu lagi program kecemerlangan iaitu Mentor Mentee. Setiap murid tahun 6 telah diserahkan kepada mentor masing-masing. Pada tahun ini, tarikh dan masa perjumpaan tidak ditetapkan. Namun begitu, satu anugerah baru iaitu Anugerah Mentor dan Mentee cemerlang akan diwujudkan sebagai penghargaan kepada mentor dan mentee yang berjaya menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah mentee. Setiap Mentor dibekalkan dengan sebuah 'handbook' sebagai panduan dan catatan aktiviti mereka. Bagi mentee, jangan lupa ye pada 'buku ulangkaji'. Cikgu akan membuat penilaian pada buku ulangkaji tersebut.

19 Mac, 2011

HARAP MAAF

Buat masa ini blog Teratak Bimbingan menghadapi sedikit masalah paparan atas talian. Harap maaf.

10 Mac, 2011

MESYUARAT MAJLIS GURU BIMBINGAN DAERAH PASIR GUDANG

9 Mac 2011 (Rabu) - Sebuah mesyuarat Majlis Guru Bimbingan Kebangsaan Johor Pasir Gudang telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, SK Taman Pelangi Indah. Dalam mesyuarat ini, ahli majlis telah membincangkan program-program yang akan dilaksanakan di peringkat daerah. Selain itu, ahli majlis juga telah berkesempatan membuat lawatan ke Teratak Bimbingan. Diharap, guru-guru ini dapat memanfaatkan perkongsian ilmu yang dibuat. Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Pelangi Indah amat menghargai kehadiran para kaunselor ke sekolah ini.

05 Mac, 2011

CERAMAH KEPIMPINAN SK TAMAN DAYA 2



5 Mac 2011 (Sabtu) - Cikgu telah diberi peluang oleh SK Taman Daya untuk menyampaikan ceramah kepimpinan kepada pengawas, PRS, Pustakawan, Ketua/pen.ket kelas dan pemimpin unit ko-kurikulum. Dalam ceramah ini, cikgu menggunakan pendekatan ceramah interaktif yang cenderung kepada perubahan bagaimana seseorang melihat diri sendiri. Ramai antara pemimpin yang kurang keyakinan diri dan tidak sedar tanggungjawab sebagai pemimpin. Beberapa modul telah cikgu gunakan. Antara yang menarik ialah berdiri di atas telur tanpa sebiji telur pun pecah. Modul ini merupakan modul membina keyakinan diri yang mana keyakinan diri ini sangat penting bagi seorang pemimpin agar dia dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baikSemoga para pemimpin SKTD2 dapat membawa balik sesuatu dari program ini.

CERAMAH BENCI DADAH


4 Mac 2011 (Jumaat) - Murid SKTPI Tahap 2 telah berpeluang untuk menghadiri sesi ceramah Benci Dadah sempena minggu pendidikan pencegahan antidadah peringkat sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Suziana Binti Marni, Guru Bimbingan & Kaunseling sKTPI. Dalam ceramahnya, beliau menerangkan tentang definisi, jenis, kesan dan akibat penyalahgunaan dadah. Beliau lebih banyak menggunakan pendekatan 'mind set' untuk benci dadah melalui laungan semangat, tayangan video dan nyanyian motivasi.

CERAMAH MOTIVASI TAHUN 4 DAN 5



2 Mac 2011 (Rabu) - Murid Tahun 4 dan 5 sangat bertuah apabila Smart Skill Resources telah ke sekolah kita untuk memberi suntikan motivasi kepada para pelajar. Antara pengisian utama ialah membina keyakinan diri dan penetapan matlamat yang mana kedua-dua ini sangat penting bagi seorang pelajar demi mengejar impian dan kejayaan. Terima kasih Smart Skill Resources.

01 Mac, 2011

KEM KEPIMPINAN 2011








26 Feb 2011,Sabtu-Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Kem Kepimpinan bagi pengawas, PRS,pustakawan, ketua dan penolong kelas. Kem ini telah diadakan di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor selama 1 hari. Pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu Jungle Tracking, Obstacles, Water Confidence dan LDK. Pendedahan kem ini adalah lebih kepada pembentukan jati diri unggul pemimpin. Setelah mengharungi pelbagai cabaran, kesukaran, dan dugaan, akhirnya para pemimpin ini berjaya pulang dengan membawa seribu pengalaman yang tidak akan mereka lupakan.Majlis penutup Kem Kepimpinan 2011 telah disempurnakan oleh En. Husnizar Bin Ahmad Pen PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Murid,PPD Pasir Gudang.  Kami berharap, semua pemimpin pelajar ini akan cekal, tabah dan berdedikasi ketika menjalankan tugas di sekolah.