14 Januari, 2009








MEWUJUDKAN SUASANA SERONOK BELAJAR
Oleh Dr Ismail Zain

Pembelajaran yang berkesan ialah pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila keseronokan dirasai, segala keletihan, kerisauan atau kebosanan terhadap pelajaran dapat diatasi.
Oleh itu setiap murid haruslah bersedia agar diri mereka berada dalam keadaan yang seronok terutamanya ketika belajar. Bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseronokan pada diri ketika belajar?







Kekemasan:
Pakaian yang kemas, rambut yang terurus, susunan buku yang baik
Caranya: Pastikan pakaian sekolah berada dalam keadaan bersih, kasut tidak kotor, rambut lelaki digunting dengan baik, rambut perempuan diurus dengan kemas serta bertudung, buku yang dibawa ke sekolah berada dalam keadaan yang baik tidak terkoyak dan mudah diambil apabila diperlukan.




Kesihatan:
Diri yang sihat tanpa penyakit, keadaan bilik darjah yang bersih.
Caranya: Pastikan murid membersih diri setiap hari. Pastikan kawasan bilik darjah dan sekolah bebas daripada wabak penyakit. Adakan senarai tugas untuk membersih kawasan bilik darjah masing-masing. Guna tandas dengan baik. Jangan makan makanan yang tercemar atau terdedah.




Tingkahlaku/budi bahasa:
Cara berbual dengan guru dan rakan. Tidak melanggari peraturan sekolah. Tidak ponteng sekolah.
Caranya: Perlu menghormati guru serta patuh segala arahan terutama apabila guru memberi tugasan kepada murid. Rakan juga harus dihormati. Jangan bergurau sehinggakan menyakiti hati rakan dan berakhir dengan perkelahian. Rajin ke sekolah, jangan terpengaruh dengan remaja luar yang ponteng sekolah.




Minda sihat:
Mampu menggunakan fikiran ketika belajar
Caranya: Sentiasa berfikir sewaktu belajar. Banyak berinteraksi dengan guru dan rakan. Banyak membuat latihan.

Jiwa tenang:
Menumpukan sepenuh perhatian ketika belajar
Caranya: Tidak menaruh rasa benci, marah, iri hati terhadap rakan atau guru. Sentiasa bersyukur di atas keselesaan yang dirasai. Sentiasa muhasabah diri untuk mengelak rasa bongkak dan sombong.

13 Januari, 2009

SELAMAT MENJADI WARGA SKTPI


WELCOME TO NEW COMERS!!!!Hello!!!Hai!!!
Pagi Isnin 5 Januari 2009 amat ceria apabila anak-anak kecil tahun 1 dan Pra sekolah ini mula hadir ke sekolah. Banyak kisah disebaliknya. Ada yang seawal 3pagi tidak dapat melelapkan mata kerana tak sabar untuk ke sekolah. Tak kurang pula yang masih berdukung tidak mahu ditinggalkan ibu bapa.Apa pun situasinya..tujuan mereka tetap satu...MENGGAPAI CITA DAN IMPIAN.
Anak-anak ini datang dengan membawa satu misi untuk kecemerlangan hidup mereka di samping harapan menggunung ayah bonda.
Untuk anak-anak ini Bonda harap kalian tabah dan kekal semangat membara demi mengejar cita-cita.SKTPI adalah yang terbaik untuk anak-anak.Mengapa? Kerana..anak-anaklah yang terbaik menjadi warganya. :-)

02 Januari, 2009

MANAGE TO BE THE BEST

To all my dear students...
This coming monday will be our crucial day!Why!!!
Because that is our starting for 2009. How we set our mind, it'll determine the successful at the end of the day.
Our mind is also like a computer. If we set it to be worked hard, it will.But..if we don't set it at all..it will do nothing to us.
So, BEST OF LUCK!!!