28 Januari, 2011

MUHASABAH DIRI TAHUN 4 TERBILANG





Program diadakan untuk kelas 4 Terbilang pada 28 Januari 2011 (Jumaat) pukul 9.00 - 10.00 pagi. Semoga ia mencetuskan semangat baru untuk berjuang mendapatkan 5A.

27 Januari, 2011

CERAMAH PENGURUSAN MASA 6 TERBILANG

SKTPI,27 Januari - Satu ceramah pengurusan masa telah diadakan untuk 6 Terbilang selama 1 jam. Guru Bimbingan & Kaunseling berpeluang untuk menggantikan kelas BI (Pn. Hashimah ke Program Semarak UPSR). Bagi kelas 6 Gemilang, nantikan giliran anda pula pada masa yang akan ditetapkan kemudian.


Murid telah diberi bimbingan tentang pentingnya masa dalam kehidupan harian mereka. Selain itu, mereka diberi panduan untuk mengelaskan tugasan harian mereka mengikut parioriti tugas. Setiap murid dibekalkan dengan sekeping jadual belajar sendiri. Mereka juga dibimbing untuk menyempurnakan jadual tersebut sekaligus mengamalkannya di rumah.

26 Januari, 2011

SLOT MOTIVASI 5 GEMILANG


SKTPI, 26 Januari - Untuk kesekian kalinya UBK SKTPI mengadakan slot motivasi khas untuk anak-anak 5 Gemilang pula. Anak-anak ini diberikan input betapa pentingnya mereka perlu mengubah sikap.Sikap negatif seperti selalu melawan ibu ayah dan guru,tidak siap homework, menangguh kerja, mengganggu kawan, sikap acuh tak acuh, bergaduh dan sebagainya adalah penyumbang besar kepada masalah pembelajaran. Sebanyak mana pun ilmu yang dicurah oleh seseorang guru itu, ia tidak akan membuahkan hasil sehinggalah murid menunjukkan sikap yang positif. Sesungguhnya sikap mempengaruhi sebahagian besar hidup kita. 93% kejayaan kita adalah ditentukan oleh sikap kita sendiri.Cikgu doakan airmata keinsafan ini tidak disiakan begitu saja.Jadikan ia satu titik permulaan untuk anda menunjukkan potensi sebenar diri anda.

PELAJAR BERBUDI BAHASA JANUARI

Adik Nur Aris Aiman Bin Ramlan dari 2 Gemilang

MOTIVASI SIRI 1 (MUHASABAH DIRI)


SKTPI,24 Januari - UBK SKTPI telah mengadakan satu program motivasi siri 1 bertemakan Muhasabah Diri untuk murid-murid Tahun 6. Program diadakan pada pukul 1.00 tengahari hingga 2.00 petang. Ia bertujuan untuk menyedarkan murid bahawa mereka berada di tahun yang terpenting di mana mereka akan menduduki UPSR. Mereka juga disuntik semangat baru dengan tentang pentingnya menetapkan sasaran 5A dan perlu lulus dalam semua matapelajaran. Beberapa video telah ditunjukkan dan laungan semangat serta janji juga telah dimeterai oleh murid-murid. Semoga keinsafan dan kesedaran ini menjadi penyuntik semangat untuk mereka mengubah sikap kepada yang  lebih positif.

25 Januari, 2011

Majlis Tautan Bestari







Alhamdulillah Majlis Tautan Bestari ini telah dilksanakan dengan jayanya pada 22 Januari 2011. Sambutan yang diterima daripada ibu bapa adalah amat menggalakkan. Walaupun dalam tempoh masa yang pendek,ia dijalankan dengan pengisian yang padat dan penuh amanat. Semoga majlis ini akan membentuk satu pemuafakatan dan hubungan erat antara ibu bapa Tahun 6 dengan pihak sekolah.

19 Januari, 2011

BULETIN HIKMAH JANUARI


Salam ceria!

Khas buat seluruh warga SKTPI! Buletin Hikmah bulan Januari telah kembali! Ini ialah tahun ke-3 Buletin Hikmah berada di pasaran SKTPI. Pada tahun ini, konsep ringkas dan bermaklumat telah menjadi pilihan. Semoga ia menjadi panduan anda semua di luar sana.

Bagaimana untuk mendapatkan Buletin Hikmah ini?

SILA KE TERATAK BIMBINGAN

Ok! Jumpa di sana ye!

1 MURID1 KAD PERKHIDMATAN




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah pada 17 Januari 2011 (Isnin) lalu UBK SKTPI telah berjaya melaksanakan program pertama bagi tahun 2011 iaitu 1 Murid 1 Kad Perkhidmatan (1M 1K). Program ini merupakan 1 program kajian tindakan yang bertujuan memperluaskan promosi dan memastikam maklumat promosi sampai 100% kepada murid. Selain itu, ia juga mempromosikan perkhidmatan bimbingan & kaunseling secara atas talian iaitu;

1. e-Bimbingan - blog http://www.sktpi.blogspot.com/
2. facebook - ujie suziana
3. twitter - ujie_suziana
4. email - suziana_marni@yahoo.com

Setiap kad yang dibekalkan kepada murid mempunyai maklumat untuk membolehkan mereka mengetahui bagaimana cara untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan & kaunseling termasuk promosi lawatan terus ke Teratak Bimbingan.

Keberkesanan program ini akan diukur melalui analisa jumlah pelawat yang datang ke Teratak Bimbingan, pengunjung blog, FB, Twitter dan maklumbalas email.

Cikgu amat berharap agar semua murid dapat memanfaatkan teknologi yang sedia ada canggih ini sebaiknya bagi mendapatkan sebanyak ilmu dan panduan kejayaan..

15 Januari, 2011

TAKZIAH BUAT ADIK KHALIESAH

Assalamualaikum kepada semua warga SKTPI

Pagi ini kita dikejutkan dengan sebuah berita sedih.Salah seorang rakan kita iaitu Adik Nurkhaliesah Adibah bt Abu Bakar (4T) telah kehilangan ayahanda tercinta buat selamanya.Sama-samalah kita doakan agar roh Allahyarham akan diterima Allah dan tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman.Bagi adik Khaliesah,tabahkan diri dan redhalah dengan pemergiannya.Kehidupan kita perlu diteruskan.Kepada rakan-rakan adik Khaliesah,sentiasalah berikan sokongan moral agar dia kuat menempuh dugaan ini.
Al-Fatihah buat ayahanda beliau..

11 Januari, 2011

PROMOSI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

Promosi Unit B&K telah diadakan pada 10 Januari 2011(Isnin) dalam perhimpunan rasmi mingguan. Dalam promosi tersebut, cikgu Suzie telah mengingatkan semula tentang fungsi, peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Unit B&K.

Adik-adik yang ada di luar sana, ringan-ringankanla kaki untuk ke Teratak Bimbingan ye.Cikgu sediakan banyak input dan maklumat untuk anda semua. Bagi yang sentiasa inginkan kejayaan dan perubahan diri jangan malu dan segan untuk berjumpa cikgu.

Jangan bimbang jika tidak berkesempatan berjumpa cikgu. Cikgu juga boleh dihubungi dengan pelbagai cara. Bagaimana?

1. Facebook  : ujie suziana
2. Twitter      : ujie_suziana
3.Email          : suziana_marni@yahoo.com

Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan peribadi, bolehlah DM (direct message) kepada cikgu. Cikgu akan cuba buat yang terbaik untuk anda semua.

09 Januari, 2011

TAHNIAH KEPADA ADIK RUTIRAN

Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPI mengucapkan tahniah buat adik Rutiran a/l Kesavan yang berjaya melanjutkan pelajaran di MRSM Pekan, Pahang. Sebuah MRSM baru yang mana saya dimaklumkan bahawa salah sebuah MRSM yng menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sepenuhnya. Selain itu modul pembelajaran yang digunakan juga banyak menyediakan murid-muridnya untuk terarah ke Cambridge University. Semoga Rutiran akan terus berjaya!Selamat mendaftar pada 9 Januari ni ye..

06 Januari, 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Tahniah bagi yang berjaya menghadirkan diri pada hari pertama persekolan ini. Bak kata pepatah, datang dengan harapan pulang dengan kejayaan.Ibu dah ayah telah meletakkan harapan menggunung tinggi agar tahun ini akan menjadikan anak-anak lebih matang dan berilmu.
Apa azam baru?Aiii,takkan takde kot...?tanpa azam tiadalah matlamat.tiada matlamat,kita akan terawang-awang tanpa tujuan.Kerana matlamat itu umpama destinasi yang bakal kita tuju ketika kita memandu sesebuah kereta. Jika tiada tempat yang hendak dituju, kita akan merayau-rayau,berpusing-pusing keliling bandar hinggalah kita tersadai kehabisan minyak. Alangkah ruginya..
Jadi,apalagi?Yang masih belum ada azam,cepat-cepatlah tetapkan azam. Kalau tak tahu juga bagaimana nak tentukan azam,jom!Jumpa Cikgu Suziana di Teratak Bimbingan.