15 Oktober, 2008

PROGRAM SELEPAS UPSR

Pada 13 Oktober 2008 telah diadakan ceramah penempatan sekolah menengah kepada murid-murid Tahun 6. Ceramah telah disampaikan oleh En. Vijiyan a/l Durysamy iaitu kaunselor SMK Taman Pelangi Indah. Beliau telah menyampaikan banyak panduan penting sbagai persediaan mental dan fizikal murid-murid yang bakal menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Beliau juga telah menyuntik motivasi untuk murid berazam mencipta kejayaan pada masa hadapan. Pihak sekolah SKTPI mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Vijiyan atas kesudian beliau menyampaikan ilmu kepada anak murid SKTPI.

Tiada ulasan: