22 Julai, 2009

PERJUMPAAN MENTOR MENTEE KEENAM

Perjumpaan mentor mentee kali keenam telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Julai 2009.Progran ini adalah program khusus Tahun 6. Setiap 2 - 3 orang murid akan menerima seorang mentor dari kalangan guru. Setiap mentor menerima sebuah modul yang perlu disampaikan kepada murid setiap kali perjumpaan diadakan. Antara isi kandungan modul ialah ciri-ciri murid cemerlang, cara belajar, persediaan peperiksaan dan sebagainya yang meliputi amalan harian sebagai seorang murid.
Setiap perjumpaan mengambil masa selama 1 jam iaitu pada pukul 1.10 hingga 2.10ptg mengikut tarikh yang ditetapkan.Mentor bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan mentee dan membantu mentee dalam bidang akademik. Perjumpaan tidak tertakluk pada tarikh yang ditetapkan malah boleh membuat inisiatif sendiri seperti membuat kelas tambahan khas, latihan khusus dan lain-lain.
Semoga program ini dapat membantu para mentee meningkatkan kecemerlangan diri.
Sayangi Mentor Anda!

12 Julai, 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

Tahniah kepada semua peserta kawad kaki badan beruniform!!!

Pertandingan yang telah diadakan dengan jayanya semalam disertai oleh 5 buah badan beruniform. Kemenangan berpihak kepada Pergerakan Puteri Islam Malaysia diikuti oleh Bulan Sabit Merah Malaysia seterusnya Kadet Tunas Remaja Sekolah, Pandu Puteri Tunas dan Pengakap...

Apapun keputusannya, pertandingan ini merupakan satu simbolik bagi mengukuhkan disiplin diri di kalangan pelajar. Pelajar akan terdidik untuk peka mendengar arahan sekaligus mematuhinya. Selain itu juga, ia menggilap kebolehan memimpin dalam diri pelajar apabila seorang ketua perlu memberi arahan dengan tepat dan betul kepada ahli kumpulannya.

Sekiranya ciri-ciri yang diutamakan dalam kawad ini seperti tumpuan, kepekaan, disiplin, dan kesungguhan ini dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah, saya pasti pembelajaran akan terlaksana dengan baik dan berkesan.

Semoga anak-anak akan terus menjiwai semangat disiplin dan kesungguhan dalam diri...wassalam

06 Julai, 2009

PROGRAM KU PETIK BINTANG

Tahniah....
Kepada penerima anugerah 'A' bagi UPPM2.
Penerima anugerah menerima badge yang mana terdapat bintang mengikut A yang diperolehi. Mereka akan memakai badge ini sepanjang waktu persekolahan. Program ini merupakan satu galakan untuk murid mencapai keputusan yang lebih cemerlang dan pengiktirafan bagi murid yang mempunyai kesungguhan. Kekalkan dan tingkatkan prestasi hingga ke UPPM3. Berikut adalah nama penerima:

1. Farah Natasha Othman - 5A
2. Muhd Aqil Aiman Frizzell - 4A
3. Nur Afiqah Alias - 4A
4. Hariz Faishal Haron - 1A
5. Muhd Azri Anor - 1A
6. Nur Zareen Nabila Zulkifli - 1A
7. Zairul Zainal - 1A
8. Nazirah Natasha Mohd Redzuan - 1A
9. Muhd Syahmi Aiman - 1A
10. Jocelyn Lee Jing Ting - 1A
11. Vikneswary a/p Pannir Selvan - 1A
12. Janani a/p Muthusamy -1A
13. Puarasi a/p Kathiravan - 1A
14. Nurain Sofeah Omar -1A
15. Sivananthini a/p Vijayan - 1A
16. Shalini a/p Bubalan 1A
17. Muhd Nur Rohsawalnizam - 1A
18. Nurul Faritsha Adiba - 1A
19. Ikmal Hanif Idros - 1A
20. Mohd Rafi Abd Rahim - 1A
21. Nurhidayah Radin Razali - 1A


Semoga akan lebih berjaya bagi peperiksaan akan datang. Kami warga SKTPI mendoakan anda mendapat 5A dalam UPSR. Amin....

02 Julai, 2009

KEM MOTIVASI UPSR DAN SOLAT HAJAT

Assalamualaikum...

Buat pembaca di luar sana, saya minta maaf kerana dah lama tidak kemaskini blog ini. Terasa masa sangat pantas berlalu. Tau2 dah dekat sebulan tak up date. Unit Bimbingan dan Kaunseling baru sahaja menjalankan kem motivasi dan solat hajat dengan jayanya pada sabtu yang lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Rezeki mencurah2 yang datang untuk anak2 ini. Kami ajk bertugas juga merasa tempiasnya. Rasa seronok mengendalikan program apabila tiada masalah kewangan. Barulah merasa Tshirt, bag dan 'buah tangan' program. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada PIBG kerana bertungkus lumus mendapatkan dana bagi menjaya program ini. Kem ini jugalah yang pertama kalinya berjaya menjemput konsultan bagi mengendalikan sepenuhnya sesi motivasi dan solat hajat. Kami bagi pihak sekolah berasa sangat bersyukur atas segalanya. Harap2 tahun akan datang pun dapatlah kem ini dijalankan seperti ini.

Kepada para penyumbang, kami sangat menghargai sumbangan anda. Anak2 sangat gembira apabila menerima banyak hadiah dan hamper.Mereka pun bersemangat menghadiri kem tu.

Sebagai halwa mata,nantikan gambar2 dan video yang sedang saya buatkan dalam mode movie. Sabar ye..Saya sedang kumpulkan gambar2 terbaik.

Ok..Jumpa lagi!!