02 Julai, 2009

KEM MOTIVASI UPSR DAN SOLAT HAJAT

Assalamualaikum...

Buat pembaca di luar sana, saya minta maaf kerana dah lama tidak kemaskini blog ini. Terasa masa sangat pantas berlalu. Tau2 dah dekat sebulan tak up date. Unit Bimbingan dan Kaunseling baru sahaja menjalankan kem motivasi dan solat hajat dengan jayanya pada sabtu yang lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Rezeki mencurah2 yang datang untuk anak2 ini. Kami ajk bertugas juga merasa tempiasnya. Rasa seronok mengendalikan program apabila tiada masalah kewangan. Barulah merasa Tshirt, bag dan 'buah tangan' program. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada PIBG kerana bertungkus lumus mendapatkan dana bagi menjaya program ini. Kem ini jugalah yang pertama kalinya berjaya menjemput konsultan bagi mengendalikan sepenuhnya sesi motivasi dan solat hajat. Kami bagi pihak sekolah berasa sangat bersyukur atas segalanya. Harap2 tahun akan datang pun dapatlah kem ini dijalankan seperti ini.

Kepada para penyumbang, kami sangat menghargai sumbangan anda. Anak2 sangat gembira apabila menerima banyak hadiah dan hamper.Mereka pun bersemangat menghadiri kem tu.

Sebagai halwa mata,nantikan gambar2 dan video yang sedang saya buatkan dalam mode movie. Sabar ye..Saya sedang kumpulkan gambar2 terbaik.

Ok..Jumpa lagi!!

1 ulasan:

Zoul Hamzah berkata...

Tahniah juga kepada guru-guru SKTPI yang menunjukan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program berkenaan.