11 Ogos, 2009
PROGRAM KU PETIK BINTANG
Tahniah kepada penerima anugerah 'bintang' bagi Ujian UPPM3. Seramai 2 orang murid kita telah berjaya mendapat 5A iaitu Adik Farah Natasha Othman dan Mohd Aqil Aiman Bin Frizzell. Bagi 30 murid yang mendapat sekurang-kurangnya 1A, kami doakan anda akan terus berusaha bagi mendapatkan lebih A dalam UPPM 4 nanti. Penyampaian anugerah 'bintang' disempurnakan oleh Tn Hj Zainuddin Bin Hj Mohd Alie, Guru Besar SK Taman Pelangi Indah.
04 Ogos, 2009
BERFIKIR SEBELUM BERKATA-KATA
Selamat sejahtera semua...
Akhir-akhir ini, bonda dapat banyak maklumat tentang senario ejek-mengejek di kalangan anak-anak. Bukankah perkara ini tidak elok? Sesiapa pun dalam dunia ini tidak suka dirinya diejek gemuk, kurus,bodoh dan sebagainya. Cuba tanya diri sendiri...Adakah aku suka diejek? Jika tidak, mengapa mengejek orang lain pula?
Pernahkah anak-anak berfikir sebelum mengejek kawan anak-anak? Apa perasaan mereka? Pastinya mereka rasa marah, geram, benci, sakit hati...akibatnya, rasa ingin membalas dendam. Yang agresif pula, terus berbalas tumbukan, tendangan, pukulan dan diakhiri dengan pergaduhan. Padahal, niat permulaan hanyalah sebagai gurauan. Apatah lagi jika ejekan melibatkan ahli keluarga seperti ayah, ibu...
Anak-anak...
Cubalah amalkan berfikir sebelum berkata-kata. Elokkah apa yang bakal aku ucapkan?Kalau sekadar menambah dosa, baik berdiam saja..tak gitu?

Langgan:
Catatan (Atom)