Selamat sejahtera semua...
Akhir-akhir ini, bonda dapat banyak maklumat tentang senario ejek-mengejek di kalangan anak-anak. Bukankah perkara ini tidak elok? Sesiapa pun dalam dunia ini tidak suka dirinya diejek gemuk, kurus,bodoh dan sebagainya. Cuba tanya diri sendiri...Adakah aku suka diejek? Jika tidak, mengapa mengejek orang lain pula?
Pernahkah anak-anak berfikir sebelum mengejek kawan anak-anak? Apa perasaan mereka? Pastinya mereka rasa marah, geram, benci, sakit hati...akibatnya, rasa ingin membalas dendam. Yang agresif pula, terus berbalas tumbukan, tendangan, pukulan dan diakhiri dengan pergaduhan. Padahal, niat permulaan hanyalah sebagai gurauan. Apatah lagi jika ejekan melibatkan ahli keluarga seperti ayah, ibu...
Anak-anak...
Cubalah amalkan berfikir sebelum berkata-kata. Elokkah apa yang bakal aku ucapkan?Kalau sekadar menambah dosa, baik berdiam saja..tak gitu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan