25 Januari, 2010

UCAPKANLAH : TERIMA KASIH

Ucapan terima kasih mungkin bagi kita adalah satu perkataan mudah yang selalu diucapkan setiap hari, setiap berjumpa rakan,saudara mara,kawan karib, pelancong atau yang baru kita kenali. Namun dalam tidak sedar perkataan ini amat besar maknanya untuk dipraktikkan kepada setiap individu bagi mendidik masyarakat yang tahu erti bersyukur dan berterima kasih di atas pertolongan, bantuan, senyuman, pertanyaan dan lain-lain lagi.

Terima kasih cikgu yang telah mendidik seorang pelajar sejak peringkat Tabika sehingga sekolah rendah, menengah dan peringkat universiti..Seorang insan berjaya menjadi seorang doktor, peguam, jurutera, tapi masih tidak melupakan seorang cikgu yang menjadikan diri menjadi manusia sempurna hidup. Adalah kita pernah menghantar sekeping kad walaupun nilainya hanya RM1.00?. Adakah kita bertanya khabar kepada guru-guru yangmembimbing sehingga berjaya? Lupa atau sengaja atau tak mahu ingat lagi?? Cikgu ibarat lilin sanggup membakar diri untuk menerangi pelajar-pelajarnya.

Setiap pertolongan dan rasa puas hati dalam kendiri secara automatik akan lahirlah ucapan terima kasih tanpa dirancang dan diduga. Kadang kala ucapan ini disertai dengan salaman sebagai tanda keikhlasan dalam hati??

PENANGGUHAN MAJLIS TAUTAN BESTARI

Kami pihak SKTPI memohon ribuan kemaafan atas penangguhan majlis Tautan Bestari yang dijadualkan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 23 Januari 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SKTPI

Penangguhan ini terpaksa dibuat bagi menghormati kemangkatan Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari 2010 (Jumaat) yang lalu. Al-Fatihah untuk Almarhum baginda. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..Amin. Sesungguhnya pemergian baginda sultan merupakan satu kehilangan bagi rakyat Malaysia dan Johor khususnya.

Penetapan tarikh yang baru akan dimaklumkan kemudian melalui surat edaran dan laman blog ini. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

19 Januari, 2010

UJIAN PRA UPPM

Selamat berjaya bonda ucapkan kepada calon UPSR 2010

Semoga anda tenang menghadapi peperiksaan hari ini dan esok.
Jawab elok-elok ye...

03 Januari, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Wahai anakanda yang bonda sayang..

Selamat kembali ke sekolah.Kita telah berada di tahun 2010.Tahun baru, azam dan matlamat mesti juga bersemangat baru. Yang masih terawang-awang tak tahu matlamat tahun ni, fikir-fikirkanlah.Yang masih belum capai pada tahun lepas, tahun inilah anda perlu buktikan. Manusia dilahirkan dengan akal. Setiap orang bijak. Namun, kebijaksanaan perlu disulami dengan usaha dan kesungguhan. Tanpa iltizam yang tinggi, perkara yang mudah pun tidak berjaya dicapai.
Tahun demi tahun, cabaran hidup kita makin hebat. Semakin banyak perubahan yang kita tempuhi. Jangan sesekali patah semangat. Kekalkan momentum anda...
Bonda di Teratak Bimbingan sentiasa bersedia membantu...Datang ke Teratak Bimbingan.Bonda sentiasa menanti dengan tangan terbuka.