25 Januari, 2010

UCAPKANLAH : TERIMA KASIH

Ucapan terima kasih mungkin bagi kita adalah satu perkataan mudah yang selalu diucapkan setiap hari, setiap berjumpa rakan,saudara mara,kawan karib, pelancong atau yang baru kita kenali. Namun dalam tidak sedar perkataan ini amat besar maknanya untuk dipraktikkan kepada setiap individu bagi mendidik masyarakat yang tahu erti bersyukur dan berterima kasih di atas pertolongan, bantuan, senyuman, pertanyaan dan lain-lain lagi.

Terima kasih cikgu yang telah mendidik seorang pelajar sejak peringkat Tabika sehingga sekolah rendah, menengah dan peringkat universiti..Seorang insan berjaya menjadi seorang doktor, peguam, jurutera, tapi masih tidak melupakan seorang cikgu yang menjadikan diri menjadi manusia sempurna hidup. Adalah kita pernah menghantar sekeping kad walaupun nilainya hanya RM1.00?. Adakah kita bertanya khabar kepada guru-guru yangmembimbing sehingga berjaya? Lupa atau sengaja atau tak mahu ingat lagi?? Cikgu ibarat lilin sanggup membakar diri untuk menerangi pelajar-pelajarnya.

Setiap pertolongan dan rasa puas hati dalam kendiri secara automatik akan lahirlah ucapan terima kasih tanpa dirancang dan diduga. Kadang kala ucapan ini disertai dengan salaman sebagai tanda keikhlasan dalam hati??

Tiada ulasan: