30 Jun, 2010

SYUKUR ATAS ANUGERAH YANG DITERIMA

Alhamdulillah, semalam seluruh warga sekolah telah dikejutkan dengan berita gembira. SKTPI telah menerima 3 anugerah khas daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Satu daripada anugerah tersebut ialah Anugerah Pengurusan dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang Negeri Johor Bagi Daerah Pasir Gudang. Apa yang dikecapi pada hari ini adalah berkat usaha, sokongan dan doa dari semua warga SKTPI iaitu guru-guru, kakitangan, ibu bapa dan anak-anak SKTPI.
Bonda harap, kewujudan Unit Bimbingan dan Kaunseling ini di SKTPI akan terus memacu kecemerlangan kepada setiap yang memanfaatkannya. Doakan kejayaan Unit ini bagi pertandingan yang sedang berjalan di peringkat negeri pula.