29 Julai, 2010

CERAMAH PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ceramah yang telah diadakan pada 19 Julai 2010/Isnin ini memberi panduan kepada calon tentang persediaan menghadapi peperiksaan percubaan UPSR dan peperiksaan sebenar nanti. Diharap, semua calon dapat mengamalkan ilmu yang telah disampaikan. Semoga kalian mendapat kejayaan yang mutlak.5A milikmu!

16 Julai, 2010

LAWATAN PEN. PPD BKK MURID


Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Pelangi Indah mengalu-alukan lawatan dan pemantauan Pen. PPD BKK Murid ke Teratak Bimbingan.
Terima kasih atas sokongan, idea dan perkongsian ilmu yang telah dicurahkan. Semoga ia akan meningkatkan lagi kecemerlangan Teratak Bimbingan.

12 Julai, 2010

SAYANGI DAN HORMATI RAKAN

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat semua...

Acapkali didengari antara anak-anak semua kerap diejek atau diganggu oleh rakan. Perkara seperti ini sememangnya boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kurang tumpuan ketika belajar. Mengapa semua ini boleh berlaku?

Cuba anak-anak tanya pada diri sendiri..pernahkah aku mengejek kawanku? Pernahkah aku mengganggu kawanku? Pernahkah aku tidak hormat kepada kawanku yang menyebabkan mereka tidak menghormatiku? Pernahkah aku menyakiti mereka?

Mengapa bonda membuat persoalan-persoalan ini? Ini kerana apa yang kita dapat biasanya bertitik tolak daripada diri kita sendiri. Secara mudah, yang baik akan dibalas baik. Yang jahat akan dibalas jahat. Jika hati kita busuk, maka jahatlah yang datang kepada kita. Jika fikiran kita negatif, buruklah yang menghampiri kita. Diri dan hati kita umpama magnet. Baik hati kita, baiklah orang disekeliling melayani kita.

Oleh itu, nilailah diri sendiri. Tak guna menuding jari telunjuk kepada rakan lain sedangkan 4 jari yang lain menuding ke arah diri sendiri. Sayang dan hormatilah rakan, kelak rakan juga akan menghormati anda.

09 Julai, 2010

SUBURKAN SIFAT MAAF-MEMAAFI

Memohon maaf adalah satu perkara yang menunjukkan kita mempunyia harga diri yang tinggi lagi berani.

Para bijak pandai sependapat mengatakan bahawa sesiapa yang berani mengaku salah, dia lebih berani daripada tentera yang pergi berperang!

Maka itu, demi keharmonian dan kesejahteraan sekolah, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan, tidak kiralah kepada rakan, guru atau orang yang lebih muda daripada kita.Kita juga mesti bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain di sekeliling kita.

Jangan tanam sifat besar diri dan angkuh. Jangan pula bersifat ganas dan memberontak. Diri kita akan dipandang tidak elok oleh orang sekeliling. Malukan..?

Sumber: Kuntum, Julai 2010

Bila hati kita bersih, barulah lahir perasaan sayang terhadap orang sekeliling. Tuhan sayang kepada orang yang saling sayang-menyayangi..

08 Julai, 2010

Program Sejuta Harapan

Program ini merupakan satu program kaunseling berfokus yang menyasarkan murid-murid cemerlang SKTPI. Dalam perjumpaan ini, bonda lebih menekankan peningkatan sahsiah dan jati diri murid cemerlang agar mudah menyusuri jalan kecemerlangan.

3 perkara utama yang penting dalam memastikan sahsiah cemerlang ialah kemurnian tingkah laku, budi bahasa yang sopan dan penampilan diri yang berketrampilan.

Apa yang bonda harapkan, murid-murid ini serta semua murid SKTPI akan menjadi anak yang soleh dan solehah..amin..

07 Julai, 2010

TETAPKAN TEMUJANJI ANDA DI e- BIMBINGAN

Berita gembira buat anak-anak di luar sana..

Anda boleh membuat permohonan temujanji perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling dengan mengisi ruangan e-Bimbingan di bawah. Cara, anda hanya pelu menaipkan nama, kelas, tarikh cadangan dan masa cadangan. Contohnya: Mohd Ali Bin Ahmad, 6T, Tarikh cadangan 10 Julai, 8.30 pagi.
Bonda akan memberi menghantar surat jemputan sesi kepada anda di kelas.
Semoga sistem ini dapat memudahkan anak-anak sekelian.

06 Julai, 2010

e-BIMBINGAN

Salam ukhuwah buat semua di luar sana...

Bonda ingin mengalu-alukan semua murid untuk melayari blog ini kerana ia merupakan satu sistem e-BIMBINGAN yang cuba bonda perkenalkan kepada semua. e-BIMBINGAN ini akan membantu anda mendapatkan panduan-panduan dan tips-tips belajar yang anda boleh akses daripada mana jua anda berada.
Selain itu, di ruangan chat di bawah, anda boleh berkongsi pendapat, idea ataupun masalah anda.
Semoga dengan e-BIMBINGAN ini, anda akan menerima perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling yang terbaik.

04 Julai, 2010

SELAMAT MENJALANKAN PRAKTIKUM


Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Datang kepada 4 orang guru praktikum daripada Institut Temenggong Ibrahim, Johor Bahru yang akan menjalankan praktikum selama 3 bulan di sekolah ini. Kutiplah seberapa banyak pengetahuan dan pengalaman dalam menjalankan tugasan ini.
Bonda doakan kejayaan Cikgu Saliha, Cikgu Shahira, Cikgu Azlan dan Cikgu Solihin. Semoga kalian mendapat A dalam praktikum ini. InsyaAllah...