12 Julai, 2010

SAYANGI DAN HORMATI RAKAN

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat semua...

Acapkali didengari antara anak-anak semua kerap diejek atau diganggu oleh rakan. Perkara seperti ini sememangnya boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kurang tumpuan ketika belajar. Mengapa semua ini boleh berlaku?

Cuba anak-anak tanya pada diri sendiri..pernahkah aku mengejek kawanku? Pernahkah aku mengganggu kawanku? Pernahkah aku tidak hormat kepada kawanku yang menyebabkan mereka tidak menghormatiku? Pernahkah aku menyakiti mereka?

Mengapa bonda membuat persoalan-persoalan ini? Ini kerana apa yang kita dapat biasanya bertitik tolak daripada diri kita sendiri. Secara mudah, yang baik akan dibalas baik. Yang jahat akan dibalas jahat. Jika hati kita busuk, maka jahatlah yang datang kepada kita. Jika fikiran kita negatif, buruklah yang menghampiri kita. Diri dan hati kita umpama magnet. Baik hati kita, baiklah orang disekeliling melayani kita.

Oleh itu, nilailah diri sendiri. Tak guna menuding jari telunjuk kepada rakan lain sedangkan 4 jari yang lain menuding ke arah diri sendiri. Sayang dan hormatilah rakan, kelak rakan juga akan menghormati anda.

Tiada ulasan: