09 Februari, 2011

BENGKEL PENGURUSAN MASA 6 GEMILANG




Pengurusan masa adalah sangat penting demi memastikan ia dimanfaatkan sepenuhnya. Oleh itu, Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Bengkel Pengurusan Masa kepada murid 6 Gemilang pada 8 Februari 2011. Dalam bengkel ini, setiap murid dibekalkan dengan sekeping planner dan Jadual Belajarku. Mereka diberi panduan khusus tentang cara bagaimana mengatur masa dan menetapkan tarikh-tarikh penting. Ini membolehkan mereka merancang masa dan peka tentang keperluan semasa.

Diharap, semua peserta akan dapat mengikuti jadual yang telah mereka bentuk dan memastikan semua tugasan dapat dilaksanakan. Selain itu, dengan adanya planner dan jadual ini, ibu apa/penjaga peserta dapat membantu dalam proses pemantauan anak mereka di rumah.

Tiada ulasan: