23 Februari, 2011

PROGRAM PUTERIKU SAYANG





22 Februari 2011 (Selasa) - Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Program Puteriku Sayang. Program yang dihadiri oleh murid Perempuan Tahun 3,4,5 dan 6 ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyediakan murid untuk menghadapi awal remaja mereka secara mental dan fizikal. Penceramah jemputan iaitu Dr. Cheng Qi Si dari Klinik Kesihatan Ulu Tiram telah menyampaikan ceramah dengan penuh informasi. Terima kasih kepada Laurier atas tajaan cenderamata program yang sangat cantik dan bermanfaat. Semoga murid-murid akan lebih bersedia menghadapi zaman remaja dengan penuh keceriaan, keyakinan dan kejayaan.
Bagi Pembimbing Rakan Sebaya, anda telah lakukan yang terbaik!Terima kasih kerana bekerja keras memastikan perjalanan program ini lancar dan berkesan.

Tiada ulasan: