31 Ogos, 2008

5 ETIKA MENGKRITIK


  1. Jangan sesekali mengkritik di depan orang lain. Tindakan anda akan memalukan dirinya, dan dianggap tidak profesional, malah ini boleh mengundang rasa tidak puas hati orang lain terhadap anda juga.


  1. Cuba mulakan teguran anda dengan pujian atau kata-kata yang membina dahulu.


  1. Ciptakan suasana 'bersahabat' sebelum anda memulakan 'serangan'.


  1. Kritik hanya pada tindakan/perbuatan/perangai, bukan orangnya.


  1. Ikhlas ketika mengkritik. Bukan untuk menunjukkan kuasa atau siapa lebih pandai.

28 Ogos, 2008

PANTANG LARANG DALAM PENGUCAPAN AWAM


  1. ELAKKAN UNGKAPAN SEPERTI :
  • "Terlebih dahulu saya minta maaf kalau …"
  • "Sepatutnya orang lain membentang, tetapi kerana orang itu pergi ke ada hal tak dapat dielakkan ..
  • Ehh..!! "Saya sebenarnya tak pandai berucap.."
  • Saya tidak bercadang untuk bercakap hari ini.
  • Saya tak bercadang bercakap panjang…
  • Saya Cuma nak menyampaikan sepatah dua kata
  • Inilah kali pertama saya bercakap
  • Saya hanyalah bidan terjun..
  • Minta maaf kerana tertinggal nota
  • Minta maaf gambar tak keluar kat skrin…
  • Seperti yang sedia kita maklum…seperti yang kita ketahui…
  1. ELAKKAN PERBUATAN SEPERTI
  • Tidak bergayut pada rostrum
  • Berdiri senget, menenggek
  • Berpeluk tubuh, tangan dalam poket ,pergerakkan melampau
  • Tidak bergerak terlalu kerap
  • Menggaru, gosok hidung, patah jari,
  • menggaru misai / janggut, memperbetulkan pakaian, rambut, menggaru kepala ,
  • bermain lidah / bibir
  • Bermain dengan alatan menulis
  • Kerap menyelakkan nota
  • Membuat gimik yang terkelaluan
  • Merenung tepat pada wajah audien

27 Ogos, 2008

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum...

Selamat datang kepada mereka yang melayari blog ini. Blog ini diwujudkan sebagai satu medium penyampaian informasi tentang hal-hal semasa berkaitan dengan Bimbingan dan Kaunseling terutamanya di sekolah rendah. Ia juga menjadi perantaraan untuk berkongsi ilmu dan penyebaran maklumat semasa. Blog ini akan memuatkan panduan, bimbingan, tips dan segala macam ilmu kemanusiaan. Ia bukan sahaja untuk murid-murid SKTPI tetapi juga untuk semua mereka yang sentiasa cintakan ilmu dan mencari kesejahteraan hidup.

Diharap blog ini akan dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.
Sekian.Terima kasih