23 Februari, 2011

PROGRAM PUTERIKU SAYANG





22 Februari 2011 (Selasa) - Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Program Puteriku Sayang. Program yang dihadiri oleh murid Perempuan Tahun 3,4,5 dan 6 ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyediakan murid untuk menghadapi awal remaja mereka secara mental dan fizikal. Penceramah jemputan iaitu Dr. Cheng Qi Si dari Klinik Kesihatan Ulu Tiram telah menyampaikan ceramah dengan penuh informasi. Terima kasih kepada Laurier atas tajaan cenderamata program yang sangat cantik dan bermanfaat. Semoga murid-murid akan lebih bersedia menghadapi zaman remaja dengan penuh keceriaan, keyakinan dan kejayaan.
Bagi Pembimbing Rakan Sebaya, anda telah lakukan yang terbaik!Terima kasih kerana bekerja keras memastikan perjalanan program ini lancar dan berkesan.

20 Februari, 2011

SLOT MOTIVASI 5 TERBILANG



19 Februari 2011-Sabtu: Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan slot motivasi khusus buat murid tahun 5 Terbilang. Slot ini bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya perubahan dan muhasabah diri. Diharap, titisan air mata keinsafan ini akan membuahkan rasa kesungguhan untuk menjadi anak soleh & solehah seterusnya menyerlahkan akhlak dan prestasi akademik.

17 Februari, 2011

KEM KEPIMPINAN 2011

Tahniah kepada seramai 116 peserta kem kepimpinan 2011.Kem akan diadakan pada 26hb Feb 2011 di Tiram Indah Village. Dikesempatan ini, saya dengan rendah hati ingin menjemput para dermawan untuk membuat sumbangan ikhlas demi menjayakan kem kepimpinan anak-anak ini. Kepada yang berminat, boleh menghubungi saya sendiri di talian 019-2279371. Sumbangan ini adalah untuk menampung kos pengurusan memandangkan but pertama kalinya tahun ini Kem Kepimpinan akan diadakan di pusat bina yakin diri khas demi membentuk jati diri pemimpin unggul.Harapan saya,pemimpin yang akan dilatih ini mampu memimpin negara pada masa akan datang. InsyaAllah.

14 Februari, 2011

KU PETIK BINTANG

Tahniah kepada penerima anugerah Ku Petik Bintang bagi Ujian Pra UPPM ;

1. Sashneeta a/p Sivakumar (6T)
2. Aniq Danish Bin Alljefri (6T)
3. Nina Najwa Binti Jed (6T)
4. Mohammad Azri Bin Sipol Bahri (6T)
5. Nurjiha Natasha Binti Md Rafi (6T)
6. Iman Shakirah Binti Zamzuri (6T)
7 Sarveen a/l Narindra Mohan Kumar (6T)
8.Nurul Aina Binti Mohd Taufik(6T)
9. Nurul Nafisah Binti Abdul Razak(6T)
10. Hannan Fikri Bin Haron (6T)

Tingkat jumlah A pada ujian akan datang. Anda pasti boleh!

MOTIVASI PENGURUSAN MASA SK TAMAN RINTING 3




Assalamualaikum...Alhamdulillah selesai sudah slot motivasi cikgu di SK Taman Rinting 3 pada 11 Februari 2011. Slot selama 1jam setengah itu memberi input tentang persepsi kita kepada masa. Selain itu,saya cuba menimbulkan kesedaran tentang pentingnya perubahan diri untuk bertindak demi menghargai masa yang mana akan menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan membentuk sahsiah diri. Tahniah kepada murid Tahun 6 SKTR3. Diharap ilmu yang dikongsi dapat diamalkan dan semoga berjaya dengan cemerlang.

Jangan lupa saksikan petikan video slot motivasi di http://www.youtube.com/watch?v=u-o99MfawYQ dan http://www.youtube.com/watch?v=AmiD2q_BUgo

09 Februari, 2011

PROGRAM YAKIN BOLEH

BERIKUT SENARAI NAMA MURID YANG TERPILIH BAGI PROGRAM YAKIN BOLEH;
1. NUR HUSNINA BINTI MOHD HATTAR (6T)
2. NUR QILAH BINTI MOHAMMAD JAMAL(6T)
3. SYUKRI ORAFIQI BIN MOHD SARUIN(6G)
4. MUHAMMAD SUFI IRFAN BIN BADRUL(6T)
5. KIRANDREN RAAJ A/L RAMISH(6T)
6. USHA NANTHINI A/P VIJAYAN(6G)
7. NURFARAH NABILAH BINTI RUFIZZA(6T)
8. MOHAMMAD IKRAM HAZIQ BIN MOHD ZOLKIFLY(6G)
9. SITI NOR ALFEZATY BINTI AL MANAN(6G)
10. MUHAMMAD ASHRAR BIN SARUAN(6T)

Program ini pula merupakan program  kaunseling berfokus kategori GALUS. Tahniah kepada anda yang terpilih. Unit Bimbingan & Kaunseling akan membantu anda supaya anda berjaya melonjakkan prestasi anda ke tahap yang lebih tinggi. Anda Pasti Boleh!

PROGRAM CEMERLANG MILIKKU

BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA PESERTA YANG BERJAYA TERPILIH BAGI PROGRAM CEMERLANG MILIKKU;

1. SASHNEETA A/P SIVAKUMAR
2. ANIQ DANISH BIN ALLJEFRI
3. NINA NAJWA BINTI JED
4. MOHAMMAD AZRI BIN SIPOL BAHRI
5. NURJIHA NATASHA BINTI MD RAFI
6. IMAN SHAKIRAH BINTI ZAMZURI
7. SARMILA A/P POONITHAN
8. SARVEEN A/L NARINDRA MOHAN KUMAR
9. NURUL AINA BINTI MOHD TAUFIK
10. MUHAMMAD SHARIF BIN AZMI

Program ini merupakan program kaunseling berfokus yang mensasarkan 10 murid cemerlang Tahun 6. Tahniah. Anda akan dibimbing di bawah Unit Bimbingan & Kaunseling demi mencapai matlamat 5A!

BENGKEL PENGURUSAN MASA 6 GEMILANG




Pengurusan masa adalah sangat penting demi memastikan ia dimanfaatkan sepenuhnya. Oleh itu, Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Bengkel Pengurusan Masa kepada murid 6 Gemilang pada 8 Februari 2011. Dalam bengkel ini, setiap murid dibekalkan dengan sekeping planner dan Jadual Belajarku. Mereka diberi panduan khusus tentang cara bagaimana mengatur masa dan menetapkan tarikh-tarikh penting. Ini membolehkan mereka merancang masa dan peka tentang keperluan semasa.

Diharap, semua peserta akan dapat mengikuti jadual yang telah mereka bentuk dan memastikan semua tugasan dapat dilaksanakan. Selain itu, dengan adanya planner dan jadual ini, ibu apa/penjaga peserta dapat membantu dalam proses pemantauan anak mereka di rumah.