28 Oktober, 2013

KONSEP BAHARU...NAFAS BAHARU...

Kali terakhir entri ini ditulis adalah pada 18 Dis 2012. Dah hampir setahun cikgu abaikan blog ni.Entah kenapa tiba2 terpanggil untuk menulis semula. Semalam saat menghadiri Bengkel Mendorong Anak Teknik Nabi, terinspirasi pula blog yang ditulis oleh Ustazah Siti Khadijah. Cuma cikgu seolah-olah mendapat inspirasi baru untuk berkongsi ilmu.Acapkali cikgu terfikir bagaimana dapat cikgu kongsikan suka duka asam garam cikgu bersama anak-anak murid cikgu, cikgu dapat idea untuk menghidupkan semula blog ini. Kalau dulu blog ini hanya pelapor kepada aktiviti murid, kali ini cikgu nak jadikan blog ini sebagai wadah peningkatan sahsiah, yakin diri dan inspirasi harian sebagai perkongsian bersama. Blog ini juga bakal membuka lembaran baru apaabila cikgu akan kongsikan pengalaman2 cikgu mengendalikan anak2 generasi Z cikgu ni.
Semoga penulisan yang bernafas baharu ini bukan sahaja bermanfaat untuk anak2 murid cikgu bahkan rakan2 kaunselor dan rakan guru yang lain.Moha perkongsian ilmu ini akan menjadi manfaat bersama dalam kita mengharungi cabaran sebagai seorang yang bergelar GURU...

Tiada ulasan: