29 Oktober, 2013

PERHIMPUNAN YANG TENANG

Hari ini Isnin 28 Okt 2013 adalah hari pertamaku dengan ilmu baharu Mendorong Anak/Pelajar dengan Teknik Nabi..Seperti yang sifuku katakan sebelum ini, (En. Mohd Ainuddin Bin Ibrahim, Pen. Pengarah Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, KPM) bahawa setiap ilmu akan ada ujiannya. Yesss memang betul...

Hari ini adalah mingguku bertugas bersama 3 lagi rakan guruku...Wow! memang hari yang hebat. Saya tiba di sekolah lebih awal dan dapat menyambut kehadiran murid dengan gembira di pintu pagar selama 30 minit. Kemudian cepat-cepat saya bergerak ke dewan untuk melihat persiapan perhimpunan.

Emmm....macam biasalah. Anak-anak murid saya memang mempunyai isu kebisingan tegar. Mana tidak saya kata tegar...hampir semua guru putus asa untuk mengawal kebisingan ini termasuk pihak pentadbir. Nampaknya saya perlu ada strategi. Mula-mula saya pasangkan lagu alpha wave. Harap-harap mereka boleh tenang. Saya minta semua murid bangun dan mengubah kedudukan dalam baris agar yang rendah di hadapan yang tinggi di belakang (mereka selalu duduk ikut suka je.Nak ikut geng katanya). Semua arahan saya beri dalam jangka masa. Alhamdulillah dalam 2 minit kerja-kerja menyusun diri pun selesai. 'Emmmm...masih bising juga' bisik GPK1 saya...'Hehehe...tak apa..dah namanya budak' ujar saya.

Saya minta semua murid angkat tangan kanan, letak di mulut...arahan saya "ambil suara anda, masukkan ke poket"...semua murid melakukan perkara yang sama..wow!sangat hebat..semua murid senyap.

Saat ini saya gunakan Teknik Menerang Peraturan yang baru dipelajari semalam. Dengan gabungan bahasa-bahasa hypnosis dan NLP saya pun memulakan skrip..

"Bagus...semuanya telah senyap. Saya bangga dengan kamu (teknik pujian). Hari ini kita akan melaksanakan perhimpunan rasmi kita. Ia akan berlangsung selama 30 minit. Hanya 30 minit. Dalam masa 30 minit anda akan duduk tenang dan senyap. Semakin tenang dan senyap. Tenang dan senyap.. Bagus....(Teknik Menerang Peraturan + Hipnosis NLP)

Impaknya....

Alhamdulillah selama 30 minit perhimpunan berjalan, suasana senyap dan murid kurang bergerak. Saya bertanya kepada seorang murid Tahun 6. Apa yang kamu rasa ketika perhimpunan tadi? "Cikgu, saya rasa tiada mulut untuk bercakap. Seorang kawan saya bertanya sesuatu kepada saya tetapi saya hanya mampu menggerakkan bahu tanda tidak tahu"....saya hanya tersenyum....

That's good!

Oh ya...di akhir perhimpunan saya gunakan pula Teknik Pujian..

"Saya bangga dengan kesenyapan kamu semu hari ini. Tahniah! 30 markah untuk kamu semua!..Mahukah kamu semua memberi kerjasama yang sebagus ini setiap kali berada di dewan ini?(murid menjawab ya...) Bagus..Jika beginilah senyapnya setiap hari pasti semua cikgu senang dan sayang kamu. Kamu akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah dan jadi anak yang hebat nanti"
(semua murid tepuk tangan)...tersenyum saya...

Tiada ulasan: